SETIAP kali kedatangan Aidilfitri pastinya memberi 1001 makna yang mendalam pada setiap umat Islam yang menyambutnya.
Bagi kumpulan Hujan yang dianggotai oleh Noh (vokalis), AG (gitar), Ambobzeela (dram) dan Dimas (keyboard), Hari Raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran memandangkan mereka telah pun melalui satu fasa baru kehidupan yang lebih bermakna.
Kejayaan yang mereka kecapi hari ini merupakan rezeki dan rahmat yang tidak ternilai daripada Allah yang Maha Esa.
Ikuti cerita raya kumpulan Hujan dalam keluaran terbaru HAI edisi bumper raya yang sedang hangat dipasaran!!!
9/12/2009
Yuna suka beraya di kampung
FOTO : CHANNEL [V]
BIARPUN telah memahatkan nama sebagai penyanyi solo indie wanita yang tengah naik daun, namun sambutan Hari Raya buat gadis bernama Yunalis Zarai, tidak banyak beza dengan orang lain.
Seperti umat Islam yang lain, penyanyi yang memikat hati pendengar menerusi nyanyian lagu ciptaannya, Dan Sebenarnya, pulang beraya di Perak.
Nak tahu cerita selanjutnya? Jangan lupa dapatkan majalah HAI edisi bumper raya tau...

Pesawat terbang ke kampung halaman
SETIAP kali Syawal menjelma pasti anak perantau akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari istimewa tersebut bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.
Keghairahan untuk pulang ke pangkuan keluarga turut dirasai oleh kumpulan Pesawat yang dianggotai oleh Hudzaifei Hazmi atau Jipie (vokalis dan gitar), Syaherman Johar atau Mann (bes), Mohd. Nizam Kamal atau Nizam (gitar) dan Hirwan Hatta atau Kudux (dram).
Mereka juga mengakui sebagai insan biasa, tentu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Kesempatan berhari raya bersama keluarga dan pulang ke kampung halaman masing-masing akan digunakan sepenuhnya untuk memohon keampunan.
Nak tahu ikuti cerita raya mereka? Jangan lupa dapatkan majalah HAI edisi bumper raya...
Bunkface raya bersama sejak kecil
Penat beraya, berehat di spa
BUKAN setakat perut saja penuh diisi pelbagai juadah istimewa Hari Raya, tetapi kaki dan badan juga terasa letih seharian menziarahi teman-teman dari satu rumah ke satu rumah yang lain.
Kalau dah penat, apa nak buat? Jawabnya, pandai-pandailah mencari tempat yang sesuai untuk menyegarkan kembali fizikal yang keletihan.
Tengoklah, begitu teruja lima pelakon muda popular ini merehatkan diri di sebuah spa cantik milik usahawan bumiputera iaitu Dr. Rose. Orangnya masih muda berusia 24 tahun dan cantik pula. Dr. Rose merupakan seorang doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia mengusahakan spa ini bersama adik perempuannya, Yaya.
Di sini terdapat bilik spa, fish spa serta urutan badan dan refleksologi kaki. Agak lama juga mereka habiskan masa di sini untuk menyegarkan semula badan dengan rawatan yang diberikan.
Menariknya, mereka turut dihadiahkan dengan mandian rempah yang berfungsi sebagai nyah toksin dalam badan dan merapatkan keintiman bagi wanita oleh pencipta ramuan ini, Farah Izzati.
Jom, kita jenguk aktiviti Sharifah Sofia, Jehan Miskin, Anding Indrawani, Shahz Jazle dan Hairul Azreen...semuanya ada dalam majalah HAI edisi Raya...
Label:
Anding,
Hairul Azreen,
Jehan Miskin,
RAYA,
Shahz Jazle,
Sharifah Sofia
Kenangan mengusik jiwa...
SETELAH sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, tibalah saatnya untuk meraikan kenikmatan Aidilfitri. Tidak ketinggalan buat sembilan artis popular dalam nyanyian dan lakonan ini yang mempunyai cerita sendiri setiap kali menjelangnya hari mulia.
Kemeriahan Aidilfitri berganda apabila nama masing-masing semakin mekar di persada seni tanah air. Sudah tentulah mereka akan ceria saat meraikannya dengan keluarga dan handai taulan tercinta.
Macam-macam kisah Raya mereka...kalau nak tahu, jangan lupa dapatkan majalah HAI edisi bumper Raya...
Label:
Ainul Aishah,
Ayu OIAM3,
Azizi,
Black Mentor,
Diddy,
Mas Muharni,
Noris Ali,
Nurfatima,
RAYA,
Shila
Meriahnya beraya di dusun
SERONOK buat sesi fotografi melibatkan 13 artis popular yang sedang meningkat naik dalam nyanyian dan lakonan.
Ini kerana lokasinya ialah sebuah rumah kampung yang cantik. Kedudukannya yang dikelilingi oleh dusun buah-buahan memang mendamaikan suasana.
Terasa seperti desa tercinta menggamit semua orang yang terlibat dalam sesi fotografi ini. Kebetulan waktu itu musim buah-buahan, semua artis tidak lepaskan peluang menikmati kelazatan buah durian, manggis, rambutan dan langsat.
Lepas kenyang makan biskut raya berserta ketupat, nasi himpit, dan rendang, mereka serbu dusun buah-buahan pula.
Tengoklah, artis-artis lelaki yang lengkap berbaju Melayu, terus memanjat pokok untuk mengambil buah-buahan.
Meriahnya mereka beraya di dusun! Mari kita baca apa cerita raya mereka:
Semuanya ada dalam majalah HAI edisi bumper Raya
Label:
AISHAH AF7,
Amylea,
Anith,
Aweera,
Comel,
Faezah Elai,
Fouziah Gous,
Gambit,
Iqram Dinzly,
Isma Hanum,
Nine,
RAYA,
Rizu,
Syed Ali
Wah! Seronoknya dapat kasut raya!
ADA gaya tak gabungan tujuh artis remaja ini beraksi dalam mood raya? Yang lelakinya nampak segak bergaya dengan baju Melayu rekaan terbaru yang pastinya akan menjadi trend anak-anak muda generasi baru.
Manakala yang perempuan pula nampak ranggi berbaju kurung bercorak bunga sambil mengenakan kasut berjenama Everlast. Sekali pandang, gaya mereka bagaikan Orked lakonan Sharifah Amani dalam filem Sepet.
Yang lebih seronok, empat artis perempuan iaitu Sarah Raissuddin, Tiz Zaqyah, Dayana Ahmad dan Zizi telah dihadiahkan sepasang kasut raya setiap seorang daripada Everlast.
Seronok bukan main mereka melihat rekaan terkini Everlast yang sesuai digayakan dengan baju kurung. Tiga orang artis lelaki itu hanya pandang sajalah sebab rekaan terkini Everlast itu hanya untuk golongan wanita.
Mereka ada cerita raya untuk anda...jadi tunggu apa lagi, dapatkan majalah HAI edisi bumper Raya berhampiran anda...

Dayana,
Ebi,
Isma Yusoof,
RAYA,
Siti Sarah,
Tiz Zaqyah,
Yazid AF7,
Zizi AF7
Kenangan raya Sixth Sense
BERCERITA mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri memang cukup menghiburkan. Banyak yang mahu diceritakan dan semua kenangan pasti akan diimbas kembali.
Bagi lima anak muda dalam kumpulan Sixth Sense iaitu Adi (vokalis), Gjie (gitar utama), Atan (gitar kedua), Ayoy (bes) dan Wan (dram), yang akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur, masing-masing mempunyai cerita raya tersendiri.
Semuanya ada dalam majalah HAI edisi bumper Raya...
Siti Nurhaliza terkenang arwah bapa
KETIBAAN Aidilfitri biasanya disambut meriah oleh penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Namun, segala-galanya berbeza tahun ini apabila ayahanda tercinta, Taruddin Ismail kembali ke rahmatullah pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung.
Aidilfitri yang dahulunya indah kini bertukar menjadi suram dan emosi. Siti pernah mengakui bapanya banyak memberikan semangat buatnya untuk melalui liku-liku kehidupan sebagai anak seni. Justeru, bagaimana situasi yang akan dilalui tahun ini?
Saat diajukan soalan tersebut, tidak ternampak riak kesedihan pada wajah penyanyi kebanggaan negara ini. Tenang saja dia menyusun patah demi patah perkataan bagi menjelaskan perasaan yang terpendam.
Nak tahu kisah selanjutnya? Apa lagi...belilah majalah HAI edisi bumper Raya..
Rossa tak halang Yoyo beraya di kampungnya
TAHUN ini banyak kesedihan di lubuk hati penyanyi wanita popular Indonesia, Rossa.
Biar pedih, perit dan sakit, semuanya tidak dijadikan alasan oleh pelantun lagu popular Terlanjur Cinta itu bagi memeriahkan Syawal bersama buah hati kecilnya, Rizki Langit Ramadhan.
Perpisahan dengan Yoyo, pemain dram kumpulan Padi, tidak menjadikan mereka musuh. Tiada dendam di hati, Rossa langsung tidak menghalang bekas suami datang beraya dikampung halamannya.
Kisah selanjutnya boleh didapati dalam majalah HAI edisi bumper Raya...cepat...jangan ketinggalan...!!!
9/11/2009
FOTO : Majlis berbuka puasa pelakon filem Jin Notti bersama anak yatim anjuran TM bersama KRU Studios
9/09/2009
Raya penuh ceria
CERIA sungguh sambutan Aidilfitri oleh penyanyi popular yang bernaung di bawah syarikat Metadome Sdn. Bhd. iaitu Nurul Wahab, Imran Ajmain dan kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang begitu seronok apabila duduk berkumpul dan menikmati juadah Hari Raya.
Sesiapa pun pasti akan terliur melihat aksi mereka menikmati kuih-muih, rendang, nasi himpit, lontong dan sate bersama kuah kacang.
Sambil menikmati juadah yang disediakan, macam-macam cerita yang keluar dari mulut mereka tentang sambutan Hari Raya.
Agak-agaknya apa cerita mereka ya? Semuanya ada dalam majalah HAI edisi bumper Raya...

Wangi dah jumpa ibu Fizo
MASIH ingat pada bait-bait lirik lagu Hatiku Tertinggal Di Malaysia, nyanyian kumpulan Dewa 19?
Kalau diamati lirik lagu itu, mungkin ada yang mengaitkannya dengan hubungan mesra di antara Fizo Omar dan Wangi Julianda daripada kumpulan The Fabulous Cats.
Sejak awal Ramadan lagi Wangi sudah pulang ke Bandung, Indonesia. Dia mahu berehat dan seterusnya menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Tapi bagaimana pula halnya dengan Fizo yang tertinggal di Malaysia? HAI mengusik Wangi, tidak mahukah membawa Fizo beraya di Bandung?
Nak tahu apa kata mereka? belilah majalah HAI edisi bumper Raya....
Taufik Batisah rindu beraya naik lori
MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa orang Melayu di Singapura mempunyai satu tradisi yang cukup unik sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mereka akan keluar bersama saudara mara dengan menaiki lori untuk beraya.
Namun, tradisi unik itu semakin hari semakin dilupakan kerana arus kemodenan yang begitu pesat membangun di kota singa itu.
Bagi empunya nama sebenar Muhammad Taufik Batisah, dia cukup merindui pengalaman dan keseronokan yang dilalui semasa beraya menaiki lori.
Beraya naik lori? pelik....jom ikuti cerita Taufik dalam majalah HAI edisi bumper Raya...
Aliff tak pernah tengok mercun dan meriam buluh
MENGINJAK kaki ke dunia seni bukannya bermatlamat mencapai kemasyhuran atau glamor yang tidak bertepi, sebaliknya remaja bernama Aliff Aziz ini mempunyai misi tersendiri.
Andai artis lain sibuk mengejar status dalam hierarki bidang hiburan, lain pula halnya dengan Aliff. Visi yang dijunjung hanya satu, ingin memperlihatkan bakat anugerah Tuhan yang dimiliki kepada khalayak dan bukan untuk bermegah-megah.
Seperti insan lain, Aliff mengakui tiada yang istimewa dalam dirinya termasuklah ketika meraikan hari mulia Aidilfitri. Seperti remaja-remaja lain, Aliff juga tidak terlepas daripada kedegilan semasa bergelar pelajar.
Sewaktu bercerita mengenai kenangan menyambut raya di Singapura, Aliff memberitahu HAI, dia tidak melepaskan peluang beraya di rumah gadis idamannya.
Macam seronok saja cerita raya Aliff...kalau nak tahu cerita selanjutnya...apa lagi...belilah majalah HAI edisi bumper Raya..
Mulan Jameela si ibu tunggal
SEJAK bercerai dengan Harry Indra Nugraha pada tahun 2005, empunya nama sebenar, Raden Terry Tantri Wulansari atau Mulan Jameela, memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal membesarkan dua cahaya mata.
Setiap kali menjelang Lebaran, Mulan akan memastikan dia dapat meraikannya bersama puterinya, Tyarani Savitri, 9, dan puteranya, Muhammad Rafly Aziz, 6.
Nak tahu cerita selanjutnya? Dapatkan majalah HAI edisi bumper Raya berdekatan anda sekarang!
Nana teruja, Brian tak sabar sembahyang raya
BUAT pasangan yang pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri, keterujaan untuk beraya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara tidak dapat disembunyikan.
Itulah yang dirasakan oleh penyampai radio ERA, Nurul Hana Che Mahazan, 26, dan Mohamed Raqeem Brian, 34, Pengurus Kanan Radio Hitz FM yang berkahwin pada 6 Jun lalu apabila sepakat pulang ke Muar, Johor.
Nak tahu cerita raya Nana dan Brian? jom baca majalah HAI edisi bumper Raya..
Macam-macam kisah Alexa beraya…
OLEH : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN
FOTO : NOOR AZLINA JAAFAR
LOKASI : HOTEL NOVOTEL, KUALA LUMPUR
PAKAIAN : AJAY TAILORING (03-26931842)
SEPERTI anak muda yang lain, kumpulan Alexa yang diisi oleh Aqi (vokalis), Satrio (gitar), JMono (bes), Jar (dram) dan Rizki (gitar), juga tidak melepaskan peluang untuk pulang beraya di kampung halaman.
Aidilfitri tahun ini bakal disambut penuh meriah oleh Satrio kerana dia akan beraya bersama keluarga yang ramai.
“Saya mempunyai keluarga yang besar. Setiap kali Lebaran, semua saudara-mara seramai 200 orang akan berkumpul di rumah orang tua saya di Jakarta.
“Setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan kami akan makan bersama. Memang meriah dan riuh rumah saya setiap kali Lebaran menjelma,” kata Satrio.
Di sebalik kegembiraan yang dirai, JMono memendam rasa sedih setiap kali menjelang Lebaran.
“Dulu sebelum arwah datuk meninggal dunia, dia akan menyuruh saya dan cucunya yang lain berbaris untuk memberi duit raya.
“Memang meriah sangat waktu itu. Sejak dia tiada, setiap kali menyambut lebaran pasti saya akan teringat dan merinduinya,” ujar JMono.
Ditarik ombak
Sementara itu, Fajar yang beraya di Jakarta, tidak dapat melupakan insiden raya semasa berusia sepuluh tahun.
“Waktu itu, ibu sedang sibuk membeli-belah di pasar berhampiran pantai. Akibat terlalu bosan, saya pergi ke pantai dan masuk ke laut untuk bermain ombak.
“Disebabkan ombak yang kuat, saya ditarik ke tengah laut dan hampir lemas. Seluruh keluarga panik dan bergegas berkumpul gara-gara saya yang hampir hilang waktu itu,” cerita Fajar.
Sambutan lebaran Rizki tahun lalu merupakan pengalaman yang paling bermakna buat dirinya dan seluruh keluarga.
“Pagi Lebaran tahun lalu, saya dan keluarga dikejutkan dengan berita kakak ipar saya yang baru saja mendapat seorang anak perempuan.
“Kami sekeluarga bergegas ke hospital bagi meraikan orang baru dalam keluarga kami. Selepas semuanya selesai, kami pulang untuk menyambut saudara-mara di rumah dan memberitahu berita gembira itu,” kata Rizki.
Kereta hilang
Cerita Aqi pula membuatkan dirinya tertawa sendirian apabila teringat insiden yang berlaku selepas selesai mengerjakan solat sunat Hari Raya.
“Bila selesai saja solat, saya menyedari yang kereta saya sudah tiada. Kelam-kabut dibuatnya.
“Rupa-rupanya, kereta saya telah dialihkan jauh dari tempat asal oleh orang lain yang keretanya dihalang oleh kereta saya kerana mahu pulang awal sebelum khutbah selesai,” cerita Aqi.

Nasi hangus & kritikal dilanggar motosikal, jadi kenangan Seventeen
OLEH : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN
FOTO : MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
LOKASI : HOTEL VISTANA, KUALA LUMPUR.
PAKAIAN : KIMIE SRI ANDAMAN, KAJANG (019-3219607)
TAKBIR bergema menandakan Syawal sudah tiba. Selepas sebulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa, kini tibalah detik untuk meraikan hari yang mulia.
Bagi kumpulan Seventeen yang dianggotai oleh Riefian Farajrsyah atau Ifan (vokalis), Yudhi Rus Haryanto atau Yudi (gitar), Herman Sikumbang atau Herman (gitar), M. Awal Purbani atau Bani (bes) dan Windu Andi Darmawan atau Andi (dram), Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk mereka memohon ampun dan maaf sesama insan.
Ifan paling tidak boleh melupakan saat dia meraikan hari raya di rumahnya sendiri bersama isteri dan anaknya.
“Waktu itu, buat pertama kalinya saya beraya tanpa orang tua. Selepas solat Aidilfitri, kami sekeluarga tidak dapat makan nasi yang dimasak kerana telah hangus.
“Oleh itu, seharian kami makan makanan segera kerana kedai makan semuanya tutup. Tahun ini kami akan kembali beraya di rumah sendiri dan harap-harap insiden lama tidak berulang lagi tahun ini,” cerita Ifan.
Bagi Herman pula, raya tahun ini sama seperti tahun sebelumnya, diraikan di kampung halaman.
“Pengalaman paling indah adalah di saat mudik (pulang ke kampung) bersama teman-teman sekampung.
“Dan juga tidak dilupakan makanan yang disajikan seperti ketupat, lontong dan opor ayam yang mengingatkan saya kemeriahan hari raya,” kata Herman.
Kritikal
Yudi pula punya pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengikuti rombongan takbir keliling kampung ketika berusia lima tahun
“Disebabkan lewat, saya bergegas ke arah rombongan. Semasa hendak melintas jalan, saya telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang sangat laju sehingga saya tercampak di atas jalan raya.
“Kemalangan itu telah menyebabkan saya berada dalam kondisi kritikal dan dirawat sampai tiga bulan. Luka kesan insiden itu masih ada hingga sekarang,” jelas Yudi.
Sementara itu, bagi Bani dan Andi pula, ketibaan Hari Raya disambut secara sederhana saja.
“Bila raya, teringat zaman kecil dulu ikut teman-teman di kampung orang tua di Jogjakarta takbir keliling kampung. Seronok sangat waktu itu,” kata Bani yang kini tinggal di Jakarta.
Cerita Andi, “Sehingga sekarang masih teringat saat saya berjaya berpuasa penuh sebulan ketika dalam darjah satu. Waktu itu, ibu yang baru pulang dari rumah sakit yang sepatutnya berehat, telah meraikan pencapaian saya itu,” kata pemain dram yang sangat menyayangi ibunya itu.
Ramadhan Nan Gemilang
Sudah menjadi trend bila tiba saja hari raya, berlumba-lumba artis untuk menghasilkan lagu khas. Kumpulan Seventeen juga tidak terkecuali.
“Seminggu sebelum kami pulang ke kampung masing-masing, Seventeen sibuk dengan promosi single baru berkonsepkan ketuhanan berjudul Ramadhan Yang Indah yang dibuat khas sempena ketibaan Ramadhan.
“Untuk pasaran pendengar Malaysia pula, judulnya akan diubah kepada Ramadhan Nan Gemilang,” terang Yudi.

Kemeriahan raya artis Millennium Art dan penyampai radio beraya di Sabah
OLEH: RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:MILLENNIUM ART SDN. BHD.
SOLEKAN:ZUE BEAUTY STUDIO (019-3819824)
SELALUNYA fotografi Hari Raya yang menggabungkan artis dan penyampai radio dilakukan di Kuala Lumpur. Namun, ada kelainan kali ini apabila artis dari Semenanjung ditemukan dengan penyampai radio dari SABAHfm.
Perkara yang jarang berlaku ini terhasil menerusi kerjasama erat majalah HAI bersama syarikat rakaman Millennium Art Sdn. Bhd. serta Bridge IT Systems East Malaysia yang menganjurkan Road Show Jelajah Sabah yang diberi nama ‘Konsert Millennium HAI Selamber Jer...!!!
Turut menyokong penganjuran konsert dan sesi jelajah bertemu peminat ini ialah SABAHfm, Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd serta TAWAUfm, SANDAKANfm, badan berkanun, pihak swasta dan badan korporat di Sabah.
Acara gilang-gemilang itu bakal dilaksanakan bermula 22 hingga 29 Oktober ini. Khas buat warga Sabah, inilah masanya mendekatkan lagi hubungan dengan majalah HAI berserta artis-artis popular.
Seronoknya tujuh artis Millennium Art milik komposer Julfekar Ahmad Shah iaitu Leez AF4, Suria dari kumpulan Akasia, Rahayudean, Jassica, Fiona, Syazwanie dan Farlyana apabila dapat berkumpul dan beraya dengan tiga artis Sabah, Emjay, Rosmin dan Acai serta para penyampai SABAHfm.
Maklumlah, bukan senang nak bertemu muka dengan penyampai SABAHfm yang begitu popular di sana. Selama ini mungkin mereka hanya dapat dengar suara kesemua penyampai itu menerusi siaran di Internet.
Setelah bertemu, sudah tentulah kemesraan akan bertaut dan ikatan menjadi lebih erat. Apabila berkumpul beramai-ramai sudah tentulah banyak perkara dapat diperbualkan termasuklah tentang gosip panas.
Tapi jangan ‘terlebih sudah’ bergosip kerana silap-silap kurang pula pahala beraya!
Barisan penyampai SABAHfm ialah Malinaziah Julaspi (Pengawal Radio SabahFM), penyampai Florence Jo, Johara Abdullah,Suzana Abdullah, Ramhanizan Jahamin, Dayang Marni Ag Matusin, Helen Buyong, Muzaffar Syah Alias dan Mohd. Rosol.
Malinaziah terpaksa bertugas kerana memberi laluan untuk anak buahnya bercuti raya. Begitu juga dengan Muzaffar Syah Alias atau Saito turut kena bekerja.
Florence dan Helen pula walaupun tidak menyambut Aidilfitri tetap meraikannya dengan rakan-rakan beragama Islam selaras dengan konsep 1 Malaysia.
Johara akan menyambut raya dengan keluarganya di Kota Kinabalu, Suzana pula balik beraya di rumah mentua di Terengganu dan Ramhanizan atau Hani akan beraya di kampungnya di Ranau.
Manakala Dayang Marni Ag Matusin akan beraya di Papar dan Mohd. Rosol atau Lai Manja akan pulang ke kampung halamannya di Kelantan.
Artis seronok beraya
Semua artis yang terlibat nampak ceria kerana ini pengalaman pertama dibawa menjalani sesi fotografi Hari Raya HAI di Sabah. Mereka juga ada cara sendiri meraikan Aidilfitri.
Leez akan meraikan Aidilfitri dengan keluarganya di Kelantan, Suria pula bersama keluarga di Puchong, Rahayudean beraya dengan keluarganya di Johor, sementara Farlyana juga menyambut raya di Johor bersama keluarganya.
Syazwanie pula akan meraikannya dengan keluarga di Cheras. Manakala, Jassica akan bertandang ke rumah kawan-kawan beragama Islam di Johor. Fiona juga turut berbuat demikian dengan beraya di rumah kawan-kawannya di Sarawak.
Emjay yang juga Pengarah Eksekutif Bridge IT Systems East Malaysia serta Rosmin dan Acai turut gembira meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing di Sabah.
Julfekar beraya dengan keluarga
Orang kuat di sebalik penganjuran konsert ini ialah Julfekar Ahmad Shah. Dia sudah lama tidak pulang beraya di Sabah dan akan meraikan Aidilfitri dengan anak-anaknya di Ampang.
Walaupun sibuk beraya, komposer ini tetap ligat memikirkan tentang konsert yang bakal berlangsung darpada 22 hingga 29 Oktober ini.
“Saya amat berterima kasih kepada Emjay dari Bridge IT Systems, Malinaziah dari SABAHfm dan Sitti Hj. Damsal dari Sri Pelancongan Sabah yang jadi penganjur bersama konsert ini.
“Peminat Sabah jangan lepaskan peluang menonton konsert yang berlangsung pada pukul lapan malam bermula pada 22 Oktober di Dewan Masyarakat Tawau, 23 Oktober (Dewan Masyarakat Sandakan), 24 Oktober di Kundasang, 25 Oktober di Ranau untuk acara bertemu peminat, 27 Oktober (Dewan Masyarakat Kudat) dan 28 Oktober (Dewan Masyarakat Tuaran).
“Turut diadakan ialah sesi promosi bertemu peminat pada hari terakhir iaitu 29 Oktober di Centre Point, Kota Kinabalu pada pukul 1.00 tengah hari.
“Selain itu, Pertandingan Karaoke Mencari Bintang Millennium HAI Starz turut diadakan di empat lokasi iaitu Dewan Masyarakat Tawau pada 22 Oktober, Dewan Masyarakat Sandakan pada 23 Oktober, Dewan Masyarakat Kudat pada 27 Oktober dan Dewan Masyarakat Tuaran pada 28 Oktober.
“Hadiah yang ditawarkan sangat menarik antaranya wang tunai yang lumayan serta peluang menjadi artis rakaman Millennium Art Sdn. Bhd. Mereka yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan dalam HAI keluaran ini dan keluaran seterusnya.
“Saringan pertandingan ini akan diadakan pada 10 Oktober di Tawau, 11 Oktober di Sandakan, 17 Oktober di Kudat dan 18 Oktober di Kota Kinabalu.
“Saya akan memberitahu lokasi sebenar pertandingan ini menerusi HAI. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan membeli HAI,” ujar Julfekar.

Rumah terbuka d'Masiv
OLEH : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN
FOTO : ZAKARIA IDRIS
LOKASI : HOTEL PNB SIME DARBY, KUALA LUMPUR
PAKAIAN : KIMIE SRI ANDAMAN, KAJANG (019-3219607)
d’MASIV yang dibarisi oleh Rian Ekky Pradipta atau Rian (vokalis), 23, Dwikky Aditya Marsall atau Kiki (gitar), 21, Nurul Damar Ramadhan atau Rama (gitar), 22, Rayyi Kurnia Iskandar atau Ray (bes), 21, dan Wahyu Piadji atau Why (dram), teruja menyambut Hari Raya tahun ini.
Dengan mengenakan persalinan baru, lima jejaka dari seberang ini sudah bersiap sedia untuk keluar beraya menziarahi rumah kaum keluarga dan sahabat handai di kampung.
Bagi Ray, keseronokan menyambut hari raya adalah apabila dapat berkumpul dengan sanak saudara dan bergaya dengan pakaian baru.
“Saya akan pulang ke Bandung, tiga hari sebelum hari raya. Rasa seronok dan tidak sabar hendak berkumpul dengan keluarga.
“Saya merancang untuk membeli baju untuk keluarga agar bila Hari Raya nanti pakaian kami akan seragam,” ujar Ray.
Mengimbau kenangan raya, Rama pula ada cerita yang cukup menarik ketika dia berusia 11 tahun.
“Dulu, saya mahu tidur di masjid dengan kawan-kawan semasa malam takbir raya. Tapi ayah tak benarkan dan saya ambil keputusan keluar dari rumah senyap-senyap.
“Saya amat terkejut bila bangun tidur saja saya sudah ada di rumah. Mungkin terlalu penat, saya langsung tidak sedar ayah datang mengangkat saya pulang ke rumah,” kata Rama.
Rumah terbuka untuk peminat
Sementara itu, Kiki pula merancang untuk mengadakan rumah terbuka untuk peminat d’Masiv bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim mereka.
“Persiapan untuk diri saya tahun ini sederhana saja kerana saya mahu membelikan baju baru untuk adik dan juga ibu bapa saya.
“Sejak bergelar artis, setiap kali tibanya hari raya, pasti ramai yang akan datang ke rumah. Tahun ini saya rancang membuat rumah terbuka untuk peminat,” kata Kiki.
Jika yang lain seronok bercerita mengenai raya, Rian pula sebaliknya. Setiap kali tiba hari raya, pasti Rian akan sedih terkenangkan arwah neneknya.
“Sedih nenek tidak dapat lihat kejayaan d’Masiv. Arwah nenek banyak mendoakan kejayaan band kami. Dia meninggal dunia selepas hari raya dua tahun lepas.
“Berkat doanya telah membuatkan kami dikenali. Pastinya saya akan merindunya setiap kali tiba hari raya,” cerita jejaka berusia 22 tahun ini.
Raya pertama sebagai Muslim
Lain pula cerita Wahyu. Raya tahun ini merupakan sambutan pertamanya kerana jejaka dari Jakarta ini baru saja memeluk Islam pada 9 Jun lalu.
“Majoriti penduduk di Indonesia beragama Islam dan saya pernah merasai pengalaman menyambut hari raya. Cuma, tahun ini cukup istimewa kerana ia merupakan raya pertama saya sebagai seorang muslim.
“Soal berpuasa, tidak menjadi masalah kepada saya kerana sebelum ini saya dah terbiasa ikut teman-teman yang lain berpuasa,” kata Wahyu.

Puteri Sarah shopping raya dengan ibu Ammar
OLEH:RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:NOOR AZLINA JAAFAR
SOLEKAN: PUTERI SARAH (FINAZ: 0123113229) & (AMMAR:ZUL BASTARI 0123812671)
PAKAIAN:GEDUNG AL HABSEE BANDAR BARU BANGI (019-3870121)
LOKASI: RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI
PASANGAN romantis Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 26, dan Ammar Alfian Aziz Mohd. Zaki, 24, bawa haluan berbeza semasa Hari Raya Aidilfitri.
“Pagi raya, saya sekeluarga akan berada di rumah nenek di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Semua saudara mara akan bawa makanan dari rumah masing-masing, menjadikan suasana sangat meriah.
“Pada tengahari pula, kami akan pulang ke kampung ibu di Kulim, Kedah. Hari ketiga pula kami rancang bercuti di Pulau Pinang selama dua hari. Itu aktiviti rutin kami pada setiap Hari Raya.
“Seronok dapat mandi laut dan berendam dalam kolam renang di hotel. Lagipun inilah masanya kami sekeluarga dapat berkumpul. Cuma, sedih jugalah kerana seorang adik melanjutkan pelajaran di Australia.
“Selalunya emak akan tempahkan pakaian raya untuk saya, tapi tahun ini dia terlupa pula. Adik- beradik lain dah ada pakaian raya. Terpaksalah saya beli pakaian ready made sebanyak dua pasang.
“Selepas beraya dengan keluarga, barulah saya jumpa Ammar. Walaupun keluarganya tinggal di Johor, rumah datuknya di Klang. Tahun lepas kami tak dapat raikan raya bersama kerana dia berada di Jepun mengadakan peragaan pentas.
“Sekarang saya larang dia ambil job di luar negara. Kalau keluarganya masih di Klang, mungkin saya ajak mereka datang makan malam di rumah kami. Lagipun hubungan cinta kami semakin serius.
“Saya tak rasa gementar kerana sudah kenal baik dengan ibunya. Malah, kami sama-sama pergi shopping kelengkapan raya semasa bulan puasa,” ujar Sarah yang pakar dalam masakan barat.
Tak minat sangat baju Melayu
Berlainan pula dengan Ammar kerana musim raya tahun ini dia terikat dengan penggambaran drama Tari Tirana terbitan Radius One yang mula disiarkan menerusi TV3 pada 25 Ogos lalu.
“Setiap kali raya, keluarga saya akan berkumpul di Klang kerana adik-beradik sebelah bapa seramai 12 orang. Bayangkanlah betapa meriahnya!
“Bab makan jangan cakaplah kerana semuanya sudah sedia terhidang termasuklah rendang ayam dan daging, ketupat serta macam-macam lagi. Tapi, saya tak boleh cuti lama kerana sibuk dengan penggambaran Tari Tirana.
“Tak pastilah sama ada saya boleh sambut raya dengan Sarah atau tidak bila dia balik semula ke KL.
“Tahun lepas saya terlibat dengan peragaan untuk jenama Ralph Lauren dan Polo di Jepun. Tahun ini saya ada shooting drama pula. Tak dinafikan teruja juga nak sambut raya bersama Sarah.
“Tapi saya tahu dia faham keadaan saya. Selalunya kami jenis buat semua perkara di saat-saat akhir dan tak rancang awal.
“Sebenarnya, saya dah lama tak tempah baju Melayu sebab tak minat sangat. Lagipun untuk apa membazir, kerana pakai sekali saja di musim raya.
“Biasanya, saya tempah yang besar sikit supaya boleh dipakai untuk tempoh beberapa tahun. Jadi, tak perlulah sering tempah baju Melayu setiap kali raya,” ujar Ammar jujur.

Erry Putra belum berani bawa Zarynn jumpa keluarga
OLEH: RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:NOOR AZLINA JAAFAR
SOLEKAN: ERRY (ZUL BASTARI:012-3812671), ZARYNN (NOREZZ:012-2139871)
PAKAIAN: GEDUNG AL HABSEE BANDAR BARU BANGI (019-3870121)
LOKASI: RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI.
CEPAT benar Erry Putra dapat pengganti. Selepas putus cinta dengan gadis dari Ipoh, dia sekarang dalam fasa mengenali hati budi gadis bernama Zarynn Min, seorang pelakon yang sangat berkaliber.
Ketika fotografi dilakukan, nampak mereka masih malu-malu. Maklumlah, baru hendak memulakan episod cinta.
“Kami sudah lama kenal kerana pernah berlakon bersama dalam beberapa buah drama. Namun, perasaan cinta hanya terbit baru-baru ini apabila kami dapat rasakan keserasian.
“Tapi, untuk bercakap lebih lanjut tentang perasaan saya terhadapnya, rasa agak kekok juga. Saya mengaku sikap Zarynn menyenangkan kerana kami saling memahami diri dan karier masing-masing kerana berada dalam bidang yang sama.
“Adalah juga saya cuba buka mulut bercakap tentang soal hati dan perasaan, tapi reaksinya macam main-main, seperti saya bergurau. Saya tak kisah dan bersabar tunggu perkembangan hubungan kami,” kata Erry yang berusia awal 30-an.
Selalunya perantau seperti Erry akan pulang awal berhari raya di kampung. Tetapi tahun ini dia lambat balik ke Kelantan kerana terlibat dengan program di TV3 pada pagi Raya.
“Ini kali pertama saya terbabit dengan program pagi raya. Selesai program itu, barulah saya balik kampung kerana rindu nak makan nasi dagang dan ketupat daun palas. Mungkin saya akan jumpa Zarynn terlebih dulu sebelum bertolak.
“Di kampung selalunya keluarga akan tanya soal kahwin. Maklumlah usia saya semakin meningkat. Selalunya, saya akan bagi alasan yang logik agar mereka faham. Saya tak berani lagi bawa Zarynn balik ke kampung jumpa ibu bapa sebab hubungan kami masih baru.
“Harapan saya, hubungan ini berkekalan kerana saya rasa dah penat nak bertukar-tukar kekasih,” kata anak kelima daripada tujuh adik-beradik ini yang menyediakan dua pasang baju raya.
“Dari bahasa badan, dia menyukai saya”
Zarynn atau nama sebenarnya Noraszarinawati Tumin, 29, senada dengan Erry, mengakui mereka kawan lama. Mereka jadi rapat apabila sama-sama berlakon drama Matahari. Baru-baru ini mereka ditemukan lagi dalam drama bersiri berjudul Nurin Qistina terbitan Take One Production.
“Kami tak kerap berjumpa kerana masing-masing sibuk berlakon. Hanya SMS dan laman sosial Facebook jadi tempat kami berhubung bertanya khabar.
“Rasanya Erry menyenangi saya kerana saya faham situasi dia. Walaupun tak nampak ketara, saya boleh faham daripada bahasa badan yang dia menyukai saya.
“Kami baru hendak serius. Tak perlu nak ikut dia balik kampung dulu kerana kalau tak jadi, nanti malu pula. Memang ramai yang tak tahu kami bercinta kerana kami tak pernah tunjukkan pada sesiapa,” jelas anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini.
Laksa Johor dan rendang
Zarynn meraikan Aidilfitri di Gombak bersama keluarga.
“Pada saya sambutan Hari Raya Aidilfitri biasa saja. Tapi saya tetap beli tiga pasang baju raya untuk saya dan emak. Dua orang abang saya dah kahwin, manakala bapa pula lebih suka mengenakan pakaian yang sedia ada.
“Rumah kami meriah dengan kunjungan kanak-kanak yang datang beraya kerana mahukan duit raya. Biskut raya yang biasa emak buat hanya dua jenis iaitu tart nanas dan kuih kapal. Selebihnya kami hanya beli. Menu raya yang disediakan ialah laksa Johor dan rendang.
“Pada hari raya kedua, barulah kami sekeluarga pulang ke kampung sebelah emak di Tapah, Perak. Bapa sebenarnya berkahwin dua. Jadi, dia kena membahagi giliran beraya pada setiap tahun.
“Masa bapa ada bersama, seronoklah. Tapi bila dia tiada, suasana jadi lain. Apabila orang bertanya tentang dia susah kami nak terangkan. Tapi itu dululah, apabila dah besar sekarang saya dah tak berapa kisah semua itu,” cerita Zarynn.

Johan & Ozlyn buat kenduri kahwin lepas raya
OLEH:RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:SYEFRY MONIZ
SOLEKAN:RINA DERINA(014-2233017)
PAKAIAN:KIMIE KAJANG COLLECTIONS(019-3219607)
SESI fotografi ini berlangsung dalam suasana ceria kerana Mohd. Yazid Lim Mohamad. Aziz atau Johan (Raja Lawak) dan Ozlyn Waty, baru berkahwin pada 25 Julai lalu. Sudah tentulah setiap saat yang dilalui penuh dengan gelak ketawa dan usik- mengusik.
Tahun ini, buat pertama kalinya juga mereka menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri. Namun, perkahwinan itu agak kontroversi kerana dilakukan secara mengejut tanpa mengundang pihak media.
Apa agaknya yang mahu disorok sehingga mereka sanggup berbuat demikian? Ada yang berkata pasangan ini kahwin kerana tekanan daripada pihak media yang mengkritik perlakuan kurang senonoh mereka ketika berada di depan khalayak.
“Kami bernikah dengan buat majlis kecil-kecilan untuk saudara-mara terdekat. Jadi, tak perlulah nak ajak pihak media. Lagipun, ia diadakan di Masjid Lembah Jaya, Ampang, tentu tak sesuai untuk mengundang ramai orang.
“Kami kahwin bukan kerana tekanan ataupun kritikan daripada pihak media. Mereka salah faham mentafsir perlakuan kami. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Ada yang suka, begitu juga sebaliknya.
“Sebenarnya, dah lama kami rancang nak bernikah iaitu pada Jun lagi. Tapi disebabkan masalah tertentu, kami terpaksa tunda sehingga pada tarikh 25 Julai lalu. Kalau orang nak buat gosip, terserahlah.
“Biarlah orang nak cakap apa pun. Selagi tak libatkan maruah, sudahlah. Jika berlebihan sangat, kami pasti akan ambil tindakan. Kadang kala, ada pihak yang suka mengadakan benda yang tiada,” kata Johan dan Ozlyn yang mahu menutup buku lama dan membuka lembaran baru dalam hidup.
Majlis kahwin macam rumah terbuka
Persiapan Hari Raya Johan, 25, dan Ozlyn, 28, dibuat secara sederhana. Ada perkara yang lebih penting perlu difikirkan iaitu mereka merancang mengadakan majlis kenduri kahwin untuk meraikan saudara mara, rakan-rakan artis dan pihak media selepas Hari Raya.
“Rasa teruja untuk sambut Hari Raya itu ada, tapi kami lebih pentingkan persiapan untuk kenduri kahwin nanti. Kami pun tak fikir warna tertentu untuk baju raya. Saya hanya pakai baju yang dijahit oleh nenek sebanyak tiga pasang.
“Selain untuk suami, sebagai kakak pertama daripada lapan adik- beradik, saya turut sediakan persiapan untuk adik-beradik yang lain serta anak saudara. Johan pun sama kerana dia anak kelima daripada 12 adik-beradik.
“Kami hanya sambut raya di Kuala Lumpur kerana saya orang Kampung Baru, manakala keluarga Johan pula di Ampang. Pada pagi raya pertama, saya sediakan rendang dan nasi tomato sebagai hidangan utama.
“Majlis kahwin kami akan diadakan di Dewan Prima LJT, Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada 26 September ini,” jelas Ozlyn.
Celah Johan,”Kami menjemput hampir 1, 500 tetamu. Ada tetamu istimewa yang akan hadir, tapi kami kena rahsiakan dulu siapakah orangnya. Kami berharap ada pihak yang berminat menaja majlis kahwin kami.
“Kami tak bersanding kerana majlis itu bertujuan untuk makan-makan dan beramah mesra dengan tetamu. Peminat pun boleh hadir kerana kami anggap majlis itu juga sebagai rumah terbuka kepada semua peminat,” katanya.
Buat masa ini, mereka masih tinggal dengan keluarga Johan. Sekiranya ada rezeki, mereka bercadang membeli rumah sendiri.
Riz bawa Nadia dan Alyah balik kampung
OLEH: WAHIDA OTHMAN
FOTO: NOOR AZLINA JAAFAR
SOLEKAN: ALYAH ( FAMIE: 012-2280178), NADIA (IS PESONA PENGANTIN:017-2475093)
PAKAIAN: GEDUNG AL HABSEE, BANDAR BARU BANGI (019-3870121)
LOKASI: RESTORAN SATE HJ SAMURI, KAJANG.
ADA sebahagian peminat Riz dan Nadia kurang senang melihat hubungan rapat naib juara AF6 itu dengan Alyah, penyanyi yang sedang naik daun dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.
Hubungan rapat dan kemesraan mereka bertambah erat selepas lagu duet, Kupinjam Satu Bintang berjaya berada dalam carta lagu popular di beberapa buah stesen radio tempatan.
Jadi, sengaja HAI gabungkan ketiga-tiga mereka ini dalam fotografi raya. Sekurang-kurangnya, tidaklah lagi para peminat mereka ‘marah-marah.’
Kelakar dan geli hati pun ada sewaktu fotografi ini dijalankan. Yang beruntung, tentulah Riz sebab menjadi rebutan dua orang dara.
Apatah lagi, Alyah dan Nadia asyik bergurau mengatakan mereka bermadu.
Namun, di sebalik keceriaan, ada kisah duka daripada Riz. Sedih mendengar kisah keluarga penyanyi kacak ini yang terpaksa menanggung kerugian akibat kebakaran restoran milik mereka di Gerik, Perak.
Restoran yang diberi nama Restoran Riz itu terbakar teruk sehingga memusnahkan sepenuhnya bahagian dalam kedai.
“Restoran itu terbakar seminggu sebelum puasa, berpunca daripada salah satu kabel yang disambungkan pada televisyen telah terbakar. Akibatnya, kami terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 20 ribu.
“Sebab itu saya rasa, tahun ini kami sekeluarga beraya secara sederhana saja. Jika tahun lepas, kami buat rumah terbuka pada hari raya pertama, tahun ini saya masih berkira-kira sama ada hendak buat rumah terbuka ataupun tidak.
“Kalau ada rezeki lebih nanti, bolehlah saya buat rumah terbuka. Nanti bolehlah Nadia dan Alyah datang beraya di di Gerik, Perak. Mereka adalah teman yang paling rapat dengan saya.
“Tahun lepas saya ada sepuluh pasang baju raya termasuk hadiah daripada peminat. Tapi tahun ini mungkin saya akan beli sebanyak lima pasang saja,” ujar Riz yang mempunyai hobi baru, menanam pokok bunga.
Nadia beraya sederhana
Lain pula kisahnya dengan gadis kecil molek ini. Persiapan raya kali ini secara sederhana saja.
“Saya nak bajet sikit, nak cuba menyimpan dan berjimat. Kalau ikut perancangan, saya nak lanjutkan pelajaran tak lama lagi.
“Setiap kali hari raya, saya akan ikut keluarga pulang ke Taiping dan Ipoh, Perak. Saya sekeluarga peruntukkan masa seminggu bercuti di sana.
“Insya-Allah, kalau ada masa terluang mungkin saya akan singgah di Gerik (kampung Riz), sebab tahun lepas saya tak sempat nak singgah ke rumahnya,” ujar Nadia yang mahu para peminat enjoy mendengar single lagu rayanya, Sketsa Menjelang Raya.
Alyah beraya dengan anak angkat
Hari raya tahun ini lebih bermakna buat Alyah dengan kehadiran seorang lagi anak angkatnya bernama, Nur Afiqah, 8 bulan.
“Saya baru saja ambil Nur Afiqah sebulan yang lalu. Sebelum ini, saya sudah mempunyai seorang anak angkat lelaki, Mohd. Alif, 3, yang diserahkan kepada saya sehari selepas lahir.
“Sebenarnya, kedua-dua anak angkat saya ini mempunyai pertalian darah dengan keluarga saya.
“Raya tahun ini lebih seronok sebab ada dua orang budak kecik dalam keluarga. Sekarang ini pun saya lebih memikirkan tentang persiapan pakaian raya mereka berbanding diri saya sendiri.
“Saya senang dengan kanak-kanak, jadi tiada masalah untuk menjaga mereka. Malahan di bulan puasa juga, saya ambil peluang untuk berniaga kuih-muih di Pasar Alam Mega, Shah Alam.
“Jadi, saya tak rasa anak angkat ini membataskan pekerjaan saya sekarang,”ujar Alyah yang akan pulang ke Gelang Patah, Johor pada hari raya pertama nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)