9/09/2009

Puteri Sarah shopping raya dengan ibu Ammar

OLEH:RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:NOOR AZLINA JAAFAR
SOLEKAN: PUTERI SARAH (FINAZ: 0123113229) & (AMMAR:ZUL BASTARI 0123812671)
PAKAIAN:GEDUNG AL HABSEE BANDAR BARU BANGI (019-3870121)
LOKASI: RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI


PASANGAN romantis Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 26, dan Ammar Alfian Aziz Mohd. Zaki, 24, bawa haluan berbeza semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Pagi raya, saya sekeluarga akan berada di rumah nenek di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Semua saudara mara akan bawa makanan dari rumah masing-masing, menjadikan suasana sangat meriah.

“Pada tengahari pula, kami akan pulang ke kampung ibu di Kulim, Kedah. Hari ketiga pula kami rancang bercuti di Pulau Pinang selama dua hari. Itu aktiviti rutin kami pada setiap Hari Raya.

“Seronok dapat mandi laut dan berendam dalam kolam renang di hotel. Lagipun inilah masanya kami sekeluarga dapat berkumpul. Cuma, sedih jugalah kerana seorang adik melanjutkan pelajaran di Australia.

“Selalunya emak akan tempahkan pakaian raya untuk saya, tapi tahun ini dia terlupa pula. Adik- beradik lain dah ada pakaian raya. Terpaksalah saya beli pakaian ready made sebanyak dua pasang.

“Selepas beraya dengan keluarga, barulah saya jumpa Ammar. Walaupun keluarganya tinggal di Johor, rumah datuknya di Klang. Tahun lepas kami tak dapat raikan raya bersama kerana dia berada di Jepun mengadakan peragaan pentas.

“Sekarang saya larang dia ambil job di luar negara. Kalau keluarganya masih di Klang, mungkin saya ajak mereka datang makan malam di rumah kami. Lagipun hubungan cinta kami semakin serius.

“Saya tak rasa gementar kerana sudah kenal baik dengan ibunya. Malah, kami sama-sama pergi shopping kelengkapan raya semasa bulan puasa,” ujar Sarah yang pakar dalam masakan barat.

Tak minat sangat baju Melayu

Berlainan pula dengan Ammar kerana musim raya tahun ini dia terikat dengan penggambaran drama Tari Tirana terbitan Radius One yang mula disiarkan menerusi TV3 pada 25 Ogos lalu.

“Setiap kali raya, keluarga saya akan berkumpul di Klang kerana adik-beradik sebelah bapa seramai 12 orang. Bayangkanlah betapa meriahnya!

“Bab makan jangan cakaplah kerana semuanya sudah sedia terhidang termasuklah rendang ayam dan daging, ketupat serta macam-macam lagi. Tapi, saya tak boleh cuti lama kerana sibuk dengan penggambaran Tari Tirana.

“Tak pastilah sama ada saya boleh sambut raya dengan Sarah atau tidak bila dia balik semula ke KL.

“Tahun lepas saya terlibat dengan peragaan untuk jenama Ralph Lauren dan Polo di Jepun. Tahun ini saya ada shooting drama pula. Tak dinafikan teruja juga nak sambut raya bersama Sarah.

“Tapi saya tahu dia faham keadaan saya. Selalunya kami jenis buat semua perkara di saat-saat akhir dan tak rancang awal.

“Sebenarnya, saya dah lama tak tempah baju Melayu sebab tak minat sangat. Lagipun untuk apa membazir, kerana pakai sekali saja di musim raya.

“Biasanya, saya tempah yang besar sikit supaya boleh dipakai untuk tempoh beberapa tahun. Jadi, tak perlulah sering tempah baju Melayu setiap kali raya,” ujar Ammar jujur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan