8/07/2009

Yasmin tinggalkan Abu Dhabi kerana diajak kahwin


OLEH:RIDZUAN ABDUL RAHMAN
FOTO:ALBUM YASMIN HARON


PELBAGAI cerita dikaitkan apabila pelakon cantik, Yasmin Haron memilih untuk bekerja di luar negara.

Beberapa spekulasi timbul kononnya dia membawa diri kerana putus cinta, kurang tawaran berlakon, malah ada juga khabar mengatakan dia mengikut kekasih ke luar negara.

Apabila satu sumber memberitahu Yasmin sudah berada di bumi Malaysia, HAI segera menjejakinya.

Sudah tentu, soalan yang pasti ditanya, mengapa dia beralih angin membawa diri ke luar negara? Apakah pelakon berstatus ibu tunggal ini membawa diri kerana cerita-cerita hangat yang pernah dihebohkan sebelum ini?

“Isu yang ditimbulkan itu langsung tidak berasas. Saya pergi ke luar negara bukan kerana putus cinta, ikut kekasih ataupun kurang tawaran berlakon.

“Kalau nak tahu, saya tak pernah duduk diam kerana tawaran berlakon tak pernah kurang. Tapi itulah juga puncanya saya buat keputusan ini kerana kasihankan anak. Saya jarang ada masa bersamanya.

“Jadi, akhirnya saya nekad tinggalkan Malaysia kerana mendapat tawaran yang bagus untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada pengarah berbangsa Arab di Madein Holding, Abu Dhabi, UAE.

“Selain tertarik kerana dapat bekerja di negara Islam. Saya memang berpengalaman dalam kerja ini. Takkanlah saya nak menolak begitu saja. Inilah sebab utamanya dan tak ada sebab lain lagi,” jelas Yasmin ketika dihubungi, baru-baru ini.

Lumayan

Yasmin berasa teruja apabila menjejak kaki di Abu Dhabi pada awal tahun lepas. Peluang pekerjaan itu diperoleh menerusi kawan-kawan yang bekerja di sana.

“Saya tinggal di kawasan bandar bernama Nadja Street. Pihak majikan ada sediakan kediaman, tapi disebabkan saya bawa anak, Arif (7 tahun), maka saya tinggal sendiri. Bagaimanapun, syarikat beri elaun kediaman.

“Saya pilih bawa anak kerana tak mahu berjauhan dengannya. Apapun berlaku, biar kami berdua menghadapinya. Hidup kami boleh dikatakan selesa kerana gaji yang diterima agak lumayan.

“Arif saya masukkan belajar di Al Warood International School. Dia tak kekok untuk berkawan dan sempat belajar bahasa Arab dan Perancis. Saya pun senang cari kawan kerana mudah mesra,” terangnya.

Godaan

Jika diukur tentang jadual kerjanya iaitu lima hari seminggu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, segala-galanya sudah cukup sempurna. Apatah lagi perjalanan dari rumah ke tempat kerja hanya sekitar sepuluh minit.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang membelenggu fikiran Yasmin hingga akhirnya dia tidak berfikir banyak kali untuk kembali ke tanah air.

“Sebenarnya, kontrak kerja selama tiga tahun sahaja. Tapi disebabkan beberapa masalah, termasuk fikirkan anak yang semakin membesar, saya buat keputusan tamatkan kontrak awal dan pulang ke Malaysia pada awal tahun.

“Selain itu, saya juga kurang selesa dengan gurauan bos yang sering mengajak kahwin walaupun dia sudah beristeri. Dia memang baik, tapi perkara-perkara sebegini susah untuk saya terima,” luah Yasmin yang tidak menyesal dengan keputusan yang diambilnya.

Kembali berlakon

Yasmin berharap untuk kembali aktif dalam lakonan. Jika peminat masih ingat, wanita ini pernah menghiasi drama Misi XX Ray dan filem Tentang Bulan. Namun langkahnya seakan sukar kerana sudah kehilangan hubungan dengan ramai pihak yang terlibat dalam seni.

“Nombor telefon saya pun dah bertukar. Nak dapatkan semula nombor lama pun, dah diguna oleh orang lain. Apa pun, saya tidak terdesak sangat nak berlakon kerana semuanya bergantung pada rezeki.

“Jika ada tawaran menarik, saya pasti terima. Jika tiada, saya kena bersabar dan buat kerja lain dulu.

“Sebenarnya, saya banyak terima tawaran kerja di beberapa tempat, tapi keselesaan anak lebih jadi keutamaan saya,” katanya yang enggan memikirkan soal jodoh buat masa ini.

Bagi penerbit mahupun pengarah drama dan filem yang berminat menawarkan peluang berlakon untuk Yasmin, bolehlah menghubungi ejennya, Erik’s Talent Agency di talian 012-3146474.

13 ulasan:

  1. slamat hari lahir yasmin.. moga awk bahagia dalam hidup. sy sentiasa sygkan awk..

    BalasPadam
  2. haa tula..dulu sombong sgt kat sekolah pastu masuk jadi pramugari tak menjadi gak...kawin sampai 2 kali rujuk...apa la ko min..kiter org kenal sgt ko dari sekolah dulu sampai la sekrang tak abis2 nak eksyen...masuk dunia seni pun org berciter pasal ko lagi..mmg tul la

    BalasPadam
  3. Kwn mkn kwn mmg ramai dlm dunia ni. Astagfirullah halazim

    BalasPadam
  4. Org cantik mmg ramai jealous. Taubat nasuhalah sebelum ajal tarik nyawa ko... Apa punya kwn lah ko ni. Takde kelas langsung.

    BalasPadam
  5. kwn MELAYU mcm ko lah merosakkan bangsa melayu!! tak blh tgk kwn senang. jealous membabi buta. Setau aku Yasmin tak pernah eksyen mcm ko ckp tu! Yg penting hati dia baik. klu dia tak layan ko mesti sbb ko tu yg sakit jiwa. plastik kwn dgn dia. klu aku pun aku menyampah org mcm ko ni. bahasa ko pun mcm low IQ dan EQ. memalukan MELAYU je

    BalasPadam
  6. Salam Kenkawan...Inilah ertinya dunia. Jika kita merasakan kita ni bagus sangat...jangan dok mengata orang. Mengapa perlu kata bukan-bukan pada kawan kita yang ditimpa musibah. Doakan kejayaan sesama kawan. Itulah kawan terbaik. Aku baca komen korang seolah korang cemburu aje...Tapi syukurlah ada yang memberikan semangat pada kawan kita Yasmin ni. Insyallah, Allah akan memberikan kebahagiaan kepada Yasmin dan Anak. Aminnn Ya Rabbalalim....

    BalasPadam
  7. yasmin.. mcm mana sy nak hubungi awk???

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir Melorku... I will always love u...

    BalasPadam
  10. All the best kak min.. Wlau dulu penah ada sakit ati antara kita tp itu dulu.. Biasa la kita manusia..sy slalu teringat kak min,ariff n kak fatimah maid kak min. Rindu waktu LaCucur dulu.. Thn 2001.. Apapun sabar laa.. hari mendatang kita lalui walau berbeza cabarannya. Tawakal pada Allah.. -syima

    BalasPadam
  11. slamat hari lahir yasmin:-) still loving you..

    BalasPadam
  12. Sekarang Yasmin haron nie ada dekat mana??

    BalasPadam