8/27/2009

Scha kahwin lari di Indonesia kerana Hujan



OLEH : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN

FOTO: CHANNEL [V]

ITU hanya sekadar tajuk. Namun, nampak macam real kan adegan Scha Alyahya melarikan diri untuk kahwin lari dengan kekasihnya, lakonan aktor hebat Indonesia, Fauzi Baadilla.

Bukannya pelakon cantik itu benar-benar kahwin lari di negara seberang. Tetapi itu hanyalah watak yang perlu dilakonkan bersama Fauzi di dalam klip- video Mencari Konklusi, nyanyian band indie terkemuka tanah air, Hujan.

Klip-video arahan Azhar T. Pangesti yang diterbitkan oleh produksi Rumah Media itu merupakan hasil kerjasama Hujan bersama Channel [V] yang dirakamkan di sekitar Bandung, Indonesia.

Noh memberitahu HAI bahawa pemilihan lokasi dan pengarah merupakan idea dan perancangan pemain keyboard mereka, Dimas.

“Alang-alang kami ke Indonesia untuk menghadiri APM, kami gunakan kesempatan itu untuk merakamkan klip-video single terbaru Hujan.

“Azhar merupakan pilihan Dimas kerana dia dan Azhar serta produksi Rumah Media begitu rapat sewaktu zaman persekolahan dulu.

“Kami juga senang bekerja dengan Azhar kerana sebelum ini kami pernah berkerjasama dengannya untuk klip-video lagu Dugaannya.

“Kami memang mencari seorang pelakon wanita yang berbakat dan juga lasak untuk klip-video tersebut. Hampir 80 peratus babak dalam klip-video itu melibatkan aksi kejar-mengejar yang memerlukan pelakon berlari.

“Sebelum memilih Scha, kami mempunyai beberapa calon lain seperti Diana Danielle dan Nora Danish.

“Disebabkan jadual Diana Danielle yang padat dan Nora Danish yang tidak boleh mengikut kehendak jalan cerita yang banyak berlari, kami akhirnya buntu dan meminta pendapat kelab peminat kami iaitu Raingers.

“Raingers mencadangkan Scha berdasarkan bakat dan kelasakannya. Kami akhirnya sebulat suara memilih Scha sebagai pelakon dalam klip-video tersebut,” kata Noh.

Nyaris kena bom


Kejadian letupan bom di hotel JW Marriott dan hotel Ritz-Carlton di Jakarta, Indonesia pada 17 Julai lalu telah menggemparkan seluruh dunia.

Tempias kejadian itu turut dirasai oleh Hujan yang berangkat ke negara seberang untuk rakaman klip-video terbaru mereka serta menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) 2009.

Band yang dianggotai oleh oleh Noh (vokalis), AG (gitar), Jaja (bes), Ambobzeela (dram) dan Dimas (keyboard), cukup bernasib baik kerana terselamat daripada serangan bom tersebut kerana mereka sepatutnya menginap di hotel Ritz-Carlton semasa berada di sana.

“Sepatutnya, kami menginap di hotel tersebut kerana ikut perancangan asal, lokasi penggambaran klip- video dilakukan di sekitar Jakarta.

“Akan tetapi, lokasi klip-video kami telah ditukar ke Bandung kerana Dimas telah berjaya mendapat kebenaran menggunakan gerabak kereta api di sana.

“Kami rasa amat bersyukur kerana tidak berada di hotel tersebut pada hari kejadian. Memang kami berasa amat terkejut apabila mendengar berita tentang letupan itu,” cerita Noh.

Kecewa di APM


Khabarnya, Hujan tidak berpuas hati semasa di APM 2009 baru-baru ini. Bukannya kecewa atau sedih kerana tidak berjaya meraih sebarang anugerah. Tetapi band yang semakin melonjak naik ini begitu kecewa dengan layanan dan perjalanan majlis tersebut.

“Sesi latihan dan perjalanan majlis yang kurang memuaskan membuatkan kami memang tidak berpuas hati di sana.

“Selain itu, kami tidak diberitahu oleh pihak penganjur agar membawa alat muzik sendiri untuk persembahan di sana seperti band-band Indonesia yang lain.

“Mungkin perkara ini sudah biasa di sana. Tetapi kami memang tidak biasa dengan cara mereka.

“Sepatutnya pihak penganjur memberitahu lebih awal agar kami bawa peralatan sendiri. Kalau diikutkan, kami memang lebih suka bawa alat muzik sendiri berbanding menggunakan peralatan yang disediakan.

“Kami sangat kecewa kerana ini merupakan peluang besar untuk lebih menonjol disana. Tetapi, disebabkan perkara itulah persembahan kami pada malam itu begitu hambar sekali,” cerita Noh mewakili teman-temannya dalam Hujan.

Bagi peminat Hujan yang ingin menyaksikan klip-video Mencari Konklusi, pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikannya di Channel [V] (astro saluran 714) yang mula disiarkan sejak 14 Ogos lalu dan akan berterusan sehingga hujung bulan ini.

TOP 12 finalis Pilih Kasih



TIDAK keterlaluan jika dikatakan, 12 bintang muda kelahiran program realiti lakonan, Pilih Kasih ini adalah barisan pelakon pelapis yang sudah berada pada kelas tersendiri untuk menyinari dunia lakonan tempatan.

Walaupun masih muda dan baru, kejayaan mereka menarik perhatian peminat menerusi program realiti terbitan Suhan Movies & Trading milik Rosyam Nor, boleh dianggap satu perkara yang cukup membanggakan.

Apa yang pasti, Pilih Kasih menjadi medan untuk Bea, Reza, Nabila, Diwan, Wanina, Khafie, Fiona, Iqbal, Emilie, Indera, Sofian dan Zulin menyerlahkan bakat sebenar mereka sebagai seorang pelakon.

Yang pasti, selama program itu berlangsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan, sentiasa mendapat sokongan padu peminat serta penyokong kuat para peserta.


Jom, ikuti apa kata lima peserta yang sering berada di tangga teratas:


Bea berpandangan jauh
GADIS cantik bernama Rabiatul Balqis Rameshan atau Bea, 21, semakin mencapai tahap terbaik dalam lakonan sejak menyertai Pilih Kasih.

Dia sering mendapat pujian khalayak kerana berjaya membawa setiap watak yang diberikan dengan baik.


“Saya menyertai program Pilih Kasih ini sebenarnya bukan untuk mengejar kemenangan atau hadiah yang disediakan. Harapan saya adalah untuk keluar sebagai pelakon yang mempunyai personaliti dan bakat yang tersendiri.


“Saya benar-benar mahu mewarnai lagi industri kita dan berharap akan berjaya mengharungi cabaran yang perlu ditempuhi untuk bergelar anak seni yang berjaya,” kata gadis yang lahir pada tanggal 25 Mei 1988.


Reza mahu jadi pelakon berilmu
ANAK muda bernama Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20, berbeza dengan teman-teman yang lain. Dia mahu menambah ilmu di dada terlebih dahulu sebelum meneruskan perjuangan bergelar anak seni.

“Saya mahu menjad pelakon yang bukan saja boleh berlakon, malah mempunyai ilmu yang mendalam dalam lakonan.


“Oleh itu, hati saya terdetik untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), agar menjadi seorang pelakon yang berilmu,” cerita jejaka kelahiran Taiping, Perak ini.


Nabila luka dan lebam kerana Pilih Kasih
SEMASA menemui gadis bernama Nabilah Ali Dally, badan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini penuh dengan kesan luka dan lebam.

“Luka dan lebam pada badan saya ini menunjukkan betapa sukarnya untuk seseorang itu bergelar pelakon.


“Saya tidak pernah menyesal menceburi bidang ini. Saya sanggup membuat apa saja asalkan hasil lakonan saya nanti adalah yang terbaik,” ujar Nabila yang bakal menginjak usia 18 tahun pada 27 September depan.


Diwan teruskan perjuangan
SEPERTI peserta lain, empunya nama Mohamad Redzuan Rosli (Diwan Nawi), 19, turut menanam hasrat untuk bergelar anak seni yang berjaya.

“Saya mahu khalayak mengenali saya kerana bakat lakonan, bukannya kerana saya peserta program Pilih Kasih.


“Selepas ini, saya akan terus berjuang dalam bidang ini dan akan terima apa saja tawaran yang boleh saya perolehi untuk menonjolkan bakat lakonan,” luah bekas tentera dari Kota Bharu, Kelantan ini.


Wanina dilamar Aziz M. Osman
REZEKI Nur Raihan Mat Zaki (Wanina) dalam bidang lakonan nampaknya cerah. Anak kelahiran Kemaman, Terengganu ini cukup bertuah apabila bakatnya telah berjaya menarik perhatian pengarah terkenal, Aziz M. Osman.

“Waktu itu, Abang Aziz merupakan salah seorang juri dan dia ada menyatakan hasrat untuk mengambil saya berlakon dalam drama terbarunya nanti.
“Tetapi, saya tidak boleh bercerita lanjut kerana perkara ini masih belum mencapai kata putus lagi.

“Saya yakin mampu memberi kelainan dalam industri lakonan dengan bakat yang ada untuk membawa pelbagai watak,” ujar gadis berusia 21 tahun ini.



Apa kata bintang Pilih Kasih yang lain?


Puteri Emelia Norfarihin Mohd. Hanif (Emilie Hanif), 19, dari Ipoh, Perak: “Semestinya, saya mahu pergi lebih jauh dan mencipta nama dalam industri lakonan. Jika diberi peluang, saya mahu menonjolkan lagi bakat yang ada.”


Laurendia Fiona Benard (Fiona Benard), 21, dari Kota Kinabalu, Sabah: “Saya tidak mahu masuk ke dalam industri dan terus menyepi begitu saja. Selepas ini, saya akan menyambung kembali pengajian yang tertangguh dan selepas itu barulah saya akan pertimbangkan untuk meneruskan kerjaya lakonan.”


Farah Azleenda Abdul Aziz (Zulin Aziz), 20, dari Kuala Lumpur: “Saya ingin mengubah persepsi bahawa pelakon yang kurang menarik dari segi fizikal juga boleh berjaya dalam lakonan. Saya akan gunakan segala ilmu semasa di Pilih Kasih untuk meningkatkan mutu lakonan.”


Mohd Saqafi Jubar (Khafie), 24, dari Kota Kinabalu, Sabah: “Selepas ini, saya akan menumpukan perhatian pada bidang lakonan, sama seperti arwah bapa saya kerana ini merupakan permintaan arwah sebelum meninggal dunia.”


Muhammad Iqbal Mazlan (Iqbal), 20, dari Kuala Lumpur: “Saya ingin membuktikan bahawa saya seorang pelakon yang versatil dan bukan hanya mampu membawa watak romantik saja. Jika diberi peluang, saya mahu cuba apa saja watak yang lebih mencabar.”


Abdul Hafiz Abdul Alim (Indera Hafiz), 25, dari Pulau Pinang: “Selepas ini, saya akan mencuba apa saja peluang yang ada untuk bergelar seorang pelakon. Tidak kisah walaupun peranannya kecil, saya akan melakukan yang terbaik dengan bakat yang Tuhan anugerahkan.”


Mohamad Sofian Bujang (Sofian), 24, dari Kuching, Sarawak: “Industri kita kekurangan pelakon yang boleh melakonkan pelbagai watak. Saya ingin menunjukkan kepada masyarakat di luar bahawa produk kelahiran Pilih Kasih adalah pelakon yang versatile.”

APA KES : “Dia masih anggap saya ambil dadah”- Radhi


TIDAK sampai sepuluh minit selepas Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, mengesahkan Mohd. Radhi Razali, 30, dan isteri, Shazlin Shariff, 30, masih sah sebagai suami isteri pada 27 Julai lalu, pasangan ini mencetuskan perang mulut di perkarangan mahkamah.

Bagi sesetengah pihak, mungkin beranggapan itu satu kemenangan buat vokalis kumpulan OAG itu kerana masih bergelar suami yang sah kepada Shazlin. Cuma, dari sudut lain, dia belum ‘menang’ untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Daripada cara kata-kata Shazlin ketika ‘perang mulut’ mereka ditonton jutaan rakyat Malaysia di kaca televisyen, nampak jelas dia mahukan talak dari mulut Radhi.

Namun, lelaki itu pula dilihat seolah-olah tidak mahu melepaskan si isteri.

Dalam suasana tegang itu, terkeluar beberapa isu hangat termasuk tuduhan Radhi terhadap Shazlin yang dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain bernama Izat, bekas suami kepada seorang artis yang pernah berlakon di dalam satu filem dengannya.

Bukan kembali jernih, sebaliknya keadaan menjadi bertambah keruh. Apa sebenarnya yang berlaku?

Ikuti temu bual HAI bersamanya dalam keluaran terbaru majalah hiburan paling popular dan padat dengan informasi!!!

Akim digilai laki lembut?


KALAU sudah namanya artis popular, maka macam-macamlah cerita tersebar.

Semakin panas pula telinga HAI mendengar orang sekeliling bertanya, benarkah Akim atau Afiq Hakim Ahmad, suka berkawan dengan lelaki lembut?

Lebih sinis, ada beberapa mulut nakal berbisik mengatakan kononnya penyanyi remaja popular itu tidak kisah didekati lelaki lembut sebab dia sendiri pun boleh tahan lembutnya.

Tapi, salahkah berkawan dengan lelaki lembut? Salahkah juga lelaki tulen dilihat bersikap lembut tanpa perlu dipandang serong?

Berpandukan persoalan itulah khabarnya, pergerakan Akim dikawal ketat oleh keluarga, lantaran tidak mahu terjadi sesuatu yang kurang enak didengar.

Tetapi, benarkah Akim digilai spesies lelaki lembut? Atau adakah orang lain yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap terbuka dan keramahan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh itu?

Ikuti penjelasan Akim tentang gosip panas yang melanda dirinya dalam majalah hiburan popular...HAI...yang padat dengan cerita-cerita PANAS!

APA KHABAR : SEVENTEEN


Lelaki-lelaki hebat Seventeen

MEMBUKA langkah bagi meluaskan nama di negara luar bukanlah satu perkara yang mudah.

Peluang untuk berjaya adalah begitu tipis, apatah lagi perlu bersaing dengan band-band tempatan yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Namun, bagi band yang dianggotai oleh Riefian Farajrsyah atau Ifan (vokalis), Yudhi Rus Haryanto atau Yudi (gitar), Herman Sikumbang atau Herman (gitar), M. Awal Purbani atau Bani (bes) dan Windu Andi Darmawan atau Andi (dram), bakat yang ada serta hasil karya mereka yang begitu unik telah berjaya mencuri perhatian peminat di Malaysia.

Band bernama Seventeen dari Indonesia ini ditubuhkan pada 17 Januari 1999.

“Setiap band pasti punya impian melebarkan sayap ke luar negara. Kami juga mahu hasil karya Seventeen dinikmati di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, Malaysia merupakan negara tetangga yang harus disinggahi terlebih dahulu sebelum ke peringkat antarabangsa.

“Kami rasa sangat bersyukur apabila cita-cita kami untuk memasuki pasaran muzik Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

“Tujuan kami bermain muzik bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana band di Indonesia ataupun Malaysia. Bagi kami, setiap band sama bagus dan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kami tidak pernah mengalah kerana kami percaya, dengan komitmen, kami pasti akan kekal dan bisa bertahan sebagai sebuah band untuk terus menghasilkan lebih banyak karya terbaik,” kata Ifan.

Popular


Lagu Slalu Mengalah daripada Seventeen kini sedang popular dan menjadi siulan anak-anak muda yang mengagumi muzik mereka.

Dek lagu tersebut yang dimuatkan dalam album ketiga mereka berjudul Lelaki Hebat, mereka kini dibuai populariti dan semakin dikenali khalayak tempatan.


“Alhamdulillah, single pertama kami ini berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia. Banyak komen positif yang kami terima.

“Cerita yang terkandung dalam lagu Slalu Mengalah itu sebenarnya kisah benar tentang percintaan Ifan yang sering berhadapan dengan masalah kerana dia harus selalu mengalah dengan pasangannya.

“Merasakan kisah itu amat menarik dan mempunyai mesej tersendiri, Herman telah menjadikannya sebagai sebuah lagu,” cerita Yudi pula.

Tidak kejar anugerah

Pastinya setiap band yang semakin popular akan mengimpikan memiliki trofi anugerah yang mengiktiraf hasil karya mereka sebagai anak seni.

Namun, Seventeen tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah diberikan kepada mereka.

“Seventeen belum berpeluang memenangi apa-apa anugerah setakat ini. Kami hanya berjaya mendapat nominasi di beberapa majlis anugerah sahaja.

“Kami tidak sedih atau kecewa kerana kami berkarya bukannya untuk mengejar sebarang anugerah. Bagi kami, sebuah anugerah itu bukanlah pengukur kejayaan kami bermuzik.

“Apa yang penting adalah mesej dan perasaan yang ingin kami sampaikan menerusi lagu agar terus diingati peminat,” ujar band yang bakal muncul dengan single khas sempena sambutan Ramadan berjudul Ramadhan Nan Gemilang, tidak lama lagi.

Bagi pembaca HAI yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band ini, layari laman Facebook di http://www.facebook.com/pages/Seventeen/67399563390

FOTO : Konsert Search Di Awan Biru (KL)









Stacy tak layan peminat?


SEDANG nama melonjak naik sebagai penyanyi pelapis, gadis kecil molek bernama Stracie Angie Anam ini mula dilabel sombong dan sudah lupa diri.

Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini dikatakan sudah mula berlagak dan sukar untuk menyapa peminat-peminatnya yang telah banyak membantu perjalanan kariernya.

Sikapnya yang enggan berdiri dan berpaling sebentar untuk peminat mengambil gambar telah mengecewakan ramai peminat yang begitu teruja dapat melihatnya semasa menjayakan promosi program anugerah baru di pusat membeli-belah terkemuka di Damansara, baru-baru ini.

Ketika dilontarkan dengan pertanyaan tentang sikapnya yang mencetuskan rasa marah di hati peminat, Stacy memberitahu HAI bahawa dia punya alasan yang tersendiri.

Ikuti penjelasan Stacy tentang gosip yang melanda dirinya dalam majalah hiburan popular...HAI...yang padat dengan cerita-cerita PANAS!

LIRIK : Aizat - Kau Aku


Kau dan aku, adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau di mana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau di mana kita berdiri
Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh...Ooohhh

“Doakanlah jodoh saya”- Naufara


KOLUM Hot Gossip dalam majalah HAI keluaran 7 Ogos lalu memaparkan gambar penyanyi Naufara Yasin dengan seorang lelaki di dalam satu majlis.

Banyak pihak tertanya-tanya, apakah lelaki yang duduk di sebelah Naufara di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya?

Bagaimanapun, untuk mendapatkan jawapan pasti dari mulut empunya badan sendiri, penulis menemuinya di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Kebetulan, penulis ditugaskan ke sana dan Naufara pula memenuhi undangan persembahan di negeri kelahirannya itu.

Naufara seakan sudah tahu maksud penulis. Bagaimanapun, dia menafikan merancang awal untuk hadir ke majlis tersebut bersama lelaki yang duduk di sebelahnya seperti di dalam gambar.

Ikuti temu bual HAI bersamanya dalam keluaran terbaru majalah hiburan paling popular dan padat dengan informasi!!!

CLOSE UP : TIZ ZAQYAH


Tiz Zaqyah buruan lelaki

BIARPUN hanya sekadar watak di dalam drama Nur Kasih di TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam, ramai lelaki tertarik dengan karakter gadis bertudung ayu bernama Nur Amina yang bersopan santun dan patuh pada perintah ibu bapa.

Tidak kurang pula yang bersimpati dengan Nur Amina sehingga terasa ingin mengubati kekecewaan yang bersarang di dalam hati gadis itu.

Kerana watak Nur Amina, membuatkan pelakonnya, Tiz Zaqyah disangkakan benar-benar gadis bertudung. Kelembutan dan keayuan yang ditonjolkan melalui watak turut membuatkan pelakon remaja ini menjadi buruan lelaki.

Dia juga mula meraih perhatian peminat. Ada yang menganggap Tiz Zaqyah adalah pelakon baru kerana tidak ramai yang mengenalinya. Kebetulan, publisiti mengenainya hampir tiada sebelum ini.

Gadis yang mesra disapa Tiz, memulakan karier seni sejak tahun 2006.

“Saya lebih suka menyanyi, cuma tak pernah sertai mana-mana uji bakat.

“Ketika berada di tingkatan lima, saya suka-suka hadir uji bakat untuk drama Impian Ilyana dan diberi peluang memegang watak Kak Ika, kawan kepada Ilyana (lakonan Lydia Ibtisam).

“Biarpun wataknya tak besar, saya anggap ia proses belajar. Lagipun, saya pegang watak itu selama tiga musim drama Impian Ilyana,” katanya kepada HAI.

Ketagih berlakon


Telefilem pertama lakonannya ialah Bernafas Dalam Lumpur, arahan James Lee yang ditayangkan dalam slot Festival di NTV7. Drama lain ialah Seandainya Aku Siti pada tahun 2007 dan Puaka Topeng Putih.

“Sebaik selesai menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Serian, Sarawak pada tahun 2006, timbul perasaan untuk terus aktif dalam lakonan.

“Mulanya, saya kurang ambil tawaran berlakon sebabkan belum yakin. Selepas kerap berlakon, saya mula ketagih hingga saya terpaksa tangguh dulu menyambung pengajian.

“Keluarga pula tak menghalang, asalkan saya pandai menjaga diri,” ujar Tiz.

Banyak cakap

Ketika sedang menjalani kesinambungan drama Impian apda tahun lepas, seorang krew yang terlibat di dalam produksi itu menyarankannya agar mencuba nasib dalam uji bakat untuk drama Nur Kasih terbitan Filmscape.

“Sesi uji bakat pertama dinilai oleh orang lain. Pada sesi kali kedua, barulah dinilai oleh pengarahnya, Kabir Bhatia. Dia berikan peluang pada saya tampil dalam drama Incredible Tales berkisarkan tentang hantu, yang disiarkan di negara jiran.

“Selepas itu, barulah Kabir menghubungi saya untuk tawarkan watak dalam Nur Kasih. Ketika itu saya memang teragak-agak kerana wataknya berat. Tambahan pula, pelakon lain semuanya hebat.

“Kena pakai tudung bukan masalah kerana dalam drama Impian pun saya bertudung. Cuma karakternya benar-benar menguji dan mencabar. Semasa hari pertama penggambaran, saya dah kena menangis.

“Saya pernahlah menangis dalam drama Puaka Topeng Putih, tapi situasinya berlainan kerana tangisan itu akibat ketakutan. Tapi dalam Nur Kasih, tangisan saya adalah kerana menanggung penderitaan dalaman.

“Karakter sebenar saya tidak sama dengan Nur Amina. Kalau nak tahu, saya seorang yang banyak cakap, ceria dan suka menyakat orang lain.

“Semasa sesi baca skrip bersama para pelakon sebelum penggambaran dimulakan, saya sangat takut dengan Liza Othman kerana dia pelakon hebat. Tapi, jangkaan saya meleset kerana dia baik orangnya dan banyak menurunkan ilmu lakonan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Tiz mengakui para peminat hanya kenal dan sukakan Nur Amina, bukan dirinya yang sebenar. Itu tidak menjadi masalah buatnya kerana dengan cara itu, dia bebas bergerak tanpa bimbang gerak-geri diperhatikan.

“Tapi, tidak bermakna saya bebas berbuat apa saja dengan sesuka hati. Saya perlu menjaga nama baik daripada melakukan perkara negatif agar tidak dipandang serong oleh khalayak,” janji Tiz Zaqyah.


Nama penuh:Tiz Zaqyah Razak
Tarikh lahir:27 Oktober 1988
Asal:Kuala Lumpur
Berat:46 kiloggram
Tinggi:5 kaki 3 inci
Zodiak:Scorpio
Bilangan dalam keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
Pendidikan:Sijil Pelajaran Malaysia

Aliff Aziz kaki perempuan?

BACA tajuk di atas, tengok wajah dan gaya budak lelaki yang kurus tinggi ini, ditambah dengan populariti menerusi lagu Sayang-sayang, pasti banyak yang percaya dia memang kaki perempuan.

Yalah, budak remaja tengah popular, tentu jadi kegilaan gadis-gadis sebayanya.

Mahu percaya atau tidak, itulah antara gosip yang menjalar dalam kehidupan anak muda dari Singapura ini hingga membuatkannya tertekan.

Nak tahu apa cerita selanjutnya...jgn lupa dapatkan Hai terbaru.. :)

Jika tidak sertai MUH: Mampukah Black bergerak solo?


SEWAKTU menyaksikan siaran langsung peringkat akhir Mentor musim ketiga tempohari, seorang teman mengatakan vokal Black yang kuat menjerit, sesuai menggantikan posisi Lan dalam Meet Uncle Hussain (MUH).

Kemudian, tersiar khabar angin kononnya hasrat tersebut turut dinyatakan kepada ahli MUH, terutamanya Taja ‘the hit maker’ di dalam band tersebut.

Ramai yang menyambut baik andai benar juara Mentor 3 yang dilahirkan atas nama Hanifah Md. Hanafiah, diserapkan ke dalam MUH.

Khabarnya juga, MUH berminat dan telah menemui pihak Monkey Bone yang menguruskan kerjaya seni Black. Ini kerana Black dilihat mempunyai vokal mantap dan sesuai dengan kumpulan yang cukup popular menerusi lagu Putihnya Lukisan itu.

Nak tahu apa cerita selanjutnya...jgn lupa dapatkan Hai terbaru.. :)

LIRIK : Rossa & Pasha (UNGU)


Terlanjur Cinta

Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilemma

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Sarah tidak demanding


MISI untuk mengharumkan nama negara di dalam pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-13 di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini, telah disempurnakan dengan baik oleh Sarah Raissuddin.

Dia berjaya meraih tiga pingat emas dalam kategori World Music, juga kategori R & B/ Jazz serta kategori vokal terbuka. Manakala, pingat perak pula dimenangi melalui kategori pop dan duet bersama Yusrizan Usop (Bob AF2).

Itu kejayaan pertamanya di peringkat dunia. Sarah terlebih dahulu mencipta kejayaan di awal kemunculannya dalam seni sewaktu majlis Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003. Waktu itu dia diangkat sebagai Artis Baru Wanita Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Sepanjang Tahun.

Malah, dia turut meletakkan namanya sebagai pemenang Artis Baru Wanita Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, tempoh kegemilangan namanya tidak bertahan lama, kerana sejak empat tahun lepas, nama Sarah hampir tidak disebut-sebut oleh penggemar seni.

Dalam tempoh itu, namanya bagaikan tenggelam, tambahan pula tiada sebarang produk album terbaru.

Kini, dengan kejayaan besar di pentas Hollywood, sekali gus menaikkan semula nama gadis genit ini. Malah, tentunya ada pihak beranggapan inilah masanya untuk dia demanding.

Nadia cemburui Riz & Alyah?

KERENAH peminat ini macam-macam. Peminat jugalah yang beri kesan populariti atau sebaliknya bagi setiap artis.

Maka, tidak hairanlah Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah menganggap peminat adalah majikannya. Kerana para peminatlah yang membeli album-album dan menyokong perjalanan kariernya.

Perihal kerenah peminat turut memberi tempias pada hubungan baik di antara Nadia dengan Riz. Sejak sama-sama berjuang di dalam Akademi Fantasia musim keenam lagi, sekelompok peminat bagaikan mahu ‘menjodohkan’ mereka.

Yang mereka kurang suka apabila hadir penyanyi Alyah Abu Hasan di dalam hidup Riz. Kemesraan yang terjalin melalui lagu duet Kupinjam Satu Bintang, telah menyebabkan segelintir peminat fanatik kedua-dua bintang AF itu naik marah.

Lebih panas, Alyah sendiri mengakui menerima kiriman e-mel kurang enak daripada para peminat Riz dan Nadia. Namun, dia tidak cepat melenting kerana baginya, hubungan dengan Riz sekadar teman seperjuangan.

Begitu juga Nadia yang menganggap ‘kemarahan’ itu sebahagian daripada perhatian peminat terhadap perjalanan seninya.

Ikuti temu bual HAI bersama Nadia tentang hal tersebut dalam keluaran terbaru majalah hiburan paling popular dan padat dengan informasi!!!

Kat dan artis wanita popular gaduh rebut lelaki?


DUNIA seni kita tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Terbaru, satu sumber menyampaikan cerita mengenai dua artis wanita yang dikatakan bercakaran di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Pergeseran itu kononnya dikatakan berlaku kerana cemburu berebut teman lelaki serta hilangnya pertimbangan akibat pengambilan minuman keras secara berlebihan.

HAI tidak mahu berprasangka buruk dan membuat kesimpulan sendiri, lalu mendapatkan Kat atau nama sebenarnya, Siti Khatijah Hassan, yang dikatakan salah seorang artis terlibat.

Ikuti penjelasan Kat dalam HAI terbaru..

Sam (Bunkface) takut akui cinta Juliana?



BAK kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh… Perihal percintaan Shamsul Annuar Mohd. Baharom (Sam), vokalis kumpulan Bunkface dengan pelakon, Juliana Evans, bukanlah lagi rahsia.


Penyebaran meluas sekeping gambar di Internet yang menunjukkan Sam seolah-olah mahu mencium Juliana, menguatkan lagi gosip mereka sedang hangat menyulam cinta.

Nak tahu apa komen Sam tentang hal ini? semuanya ada dalam HAI keluaran 20 Ogos 2009....

HOT GOSSIP : Artis bawah umur berpeluk depan khalayak

SETELAH lama berehat dengan cerita gosip, Pah Bedah tampil semula dengan cerita sensasi artis. Kisahnya kali ini mengenai seorang pelakon wanita yang masih lagi dara sunti, tapi perangai bukan main menggedik dengan teman lelaki.

“Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku kelakuan sumbang artis ini dengan teman lelaki dia. Aku tak sanggup nak sebut lelaki itu kekasih dia sebab peringkat umur dia tak sesuai lagi nak bercinta.

“Tapi aku berbulu sangat dengan aksi dia yang melekat habis dengan lelaki itu di sebuah kompleks membeli- belah. Berkepit sakan macam belangkas seolah-olah mereka sajalah yang bercinta.

“Yang tambah aku geram, semua mata pandang dia sebab kenal siapa dia. Maklumlah dia pernah berlakon filem yang agak hebat. Tapi dia macam tak peduli saja dan tetap teruskan aksi hangat itu.

“Kakak dia ada bersama tapi yang peliknya tidak pula melarang, seolah-olah merelakan saja perbuatan adiknya itu. Entahlah, tak fahamlah aku dengan gaya hidup artis kita sekarang,” kata Pah Bedah meluahkan rasa kesalnya.

Tak pandailah nak komen kerana walaupun zaman dah berubah, Hai tetap berpegang pada adat Melayu dan cara hidup konservatif.

HAI: Sebelum menasihat orang lain, selalu ingat diri bukan sempurna sangat.

HOT GOSSIP : Buat perangai lagi...

SEBELUM ini penyanyi wanita berimej sopan ini pernah menimbulkan perasaan marah segelintir pihak media apabila sukar bekerjasama serta pernah mungkir janji di dalam beberapa sesi temu janji yang telah diaturkan.

Terbaru, hai dengar khabar dia buat perangai lagi apabila menarik diri sehari sebelum majlis promosi rancangan-rancangan menarik sempena Ramadan oleh sebuah stesen TV terkemuka tanah air.

Dengarnya, dia membatalkan penampilan di majlis itu di saat-saat akhir kerana menerima satu lagi pelawaan untuk mengadakan persembahan di luar ibu kota yang menawarkan bayaran lumayan.

Yalah, stesen TV hanya menjemput untuk memeriahkan majlis promosi mereka. Tentulah tak ada bayaran yang diberikan. Nampaknya, kerana wang janji artis itu terus melayang.

Tidak eloklah buat macam itu kerana dia telah membuat pengesahan untuk hadir sebulan sebelum majlis berlangsung. Tapi menarik diri di saat-saat akhir pula.

Yang letihnya penganjurlah kerana sudah pukul canang memberitahu pihak media. Macam mana pula mereka nak menjawab nanti? Pesan Hai kepada penyanyi itu, ubahlah sikap yang sukar berpegang pada janji itu.

Sayanglah kerana penampilan sudah bagus tapi kuat kelentong pula. Fikir-fikir dan renungkan sendirilah.
HAI:Dah masak dengan perangai manusia yang suka berjanji palsu.

HOT GOSSIP : Pengacara raba peserta program realiti

BERDESING telinga Hai apabila seorang teman menceritakan perihal seorang pengacara lelaki popular tanah air.

Baru-baru ini, dia telah diberikan tugas sebagai pengacara dalam sebuah program realiti baru yang mendapat perhatian khalayak dengan konsep baru yang dibawakan oleh program realiti tersebut.

Menurut teman Hai, dalam sibuk bertugas sebagai pengacara program tersebut, khabarnya dia sempat lagi mengambil kesempatan dengan meraba salah seorang peserta.

Yang peliknya, dia bukannya meraba peserta yang berlainan jantina. Tapi, kaum sejenis dengannya. Apalagi terkejutlah peserta itu dengan aksi yang tak terduga ini.

Hai taklah terkejut dengan kisah ini kerana sebelum ini pun dia pernah bikin kontroversi.

HAI: Orang yang tinggi budi dan maruah dirinya, sentiasa menjaga kehormatan dirinya daripada dihina.

HOT GOSSIP : Isteri artis lesbian?

PANAS... panas... panas. Jika sebelum ini kisah rumah tangga mereka mencetuskan kontroversi apabila isteri pelakon dan penyanyi itu mengakui mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain, kini satu lagi kontroversi tercetus.

Gambar-gambar panas isterinya yang bersosial bersama teman-teman di sebuah kelab mula tersebar dalam sebuah blog hiburan. Agak mengejutkan apabila aksinya bercium dengan teman perempuannya menampakkan seolah-olah isteri artis itu seorang lesbian.

Mungkin ada pihak yang cuba mengaibkan isteri artis itu, atau mungkin juga dia berbuat demikian atas kerelaan sendiri dengan harapan si suami akan segera melepaskannya setelah melihat gambar tersebut.

Hai tak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini. Kita tunggu sajalah perkembangan selanjutnya ya...

HAI:Tak boleh lepak lama-lama dalam kelab kerana rimas dengan bau asap rokok yang melekat seluruh badan.

HOT GOSSIP : Pelakon lama ganggu rumah tangga orang lain

Terkejut mendengarnya kerana tak sangka kes rumah tangga mereka jadi teruk sampai begitu sekali. Sebelum ini, rumah tangga mereka elok sahaja dan tak pernah pula dengar masalah besar.

Menurut teman itu, isterinya sekarang sedang bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang tak kurang popular juga suatu ketika dulu. Dulu, dia popular sebagai penyanyi dan pelakon. Sekarang ini pun, wajahnya kerap menghiasi kaca televisyen.

Kata teman itu, dia mengetahui isterinya sedang bercinta dengan pelakon tersebut apabila isterinya sendiri menuntut cerai untuk berkahwin dengan pelakon itu.

Kasihan juga Hai mendengar luahannya. Hai tak pastilah sama ada pelakon itu masih berstatus suami ataupun dah bercerai. Bagi Hai, tak ada baiknya menghancurkan rumah tangga orang lain kerana perkara itu dilarang dalam Islam.

HAI: Belum terlambat mengucapkan selamat pengantin baru pada Norman (KRU) dan Ajai. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.

HOT GOSSIP : Aksi terlampau seksi

SEORANG peminat ruangan Hot Gossip mengadu kepada Hai tentang seorang pelakon wanita yang sejak kebelakangan ini jadi sebutan ramai. Yang lucunya, orang bukan bercakap fasal lakonannya yang bagus atau kejayaan yang diraih. Sebaliknya kerana kelakuannya yang terlampau.

Menurut peminat itu, baru-baru ini pelakon tersebut pergi shopping di sebuah kompleks membeli- belah terkenal di ibu kota. Dia ditemani seorang rakan bukan Melayu yang berlakon dengannya dalam sebuah drama bersiri.

Yang peminat itu meluat dan jelik ialah gaya pakaian pelakon tersebut yang dianggapnya seksi terlampau. Cubalah bayangkan, dia pakai dress pendek setakat paha dan berkasut tumit tinggi. Sudah tentulah kelihatan benda-benda yang tak sepatutnya. Tak payah nak intai pun dah boleh nampak.

Ramai yang sempat tonton show free yang ditunjukkan oleh pelakon ini, tapi dia boleh pula buat selamba tanpa rasa segan. Yang hairannya kawan dia boleh pula berpakaian sopan.

Hai menggeleng kepada dengar cerita itu kerana dulu sikapnya taklah sebegini berani. Tak tahulah apa motif dia pakai seksi begitu. Jika hanya nak tarik perhatian orang, dia tentunya tersilap kerana orang bukan lagi suka sebaliknya meluat.

HAI: Jaga penampilan berdasarkan situasi majlis.

KLIP VIDEO : STACY - PAKAI BUANG

KLIP VIDEO : HAFIZ - MASIH JELAS

KLIP VIDEO : AKIM - BENGANG

HAI bil. 649 (20 Ogos 2009) kini di pasaran!!!


Majalah HAI bil. 649 (20 Ogos 2009) kini sudahpun menemui pembaca setia HAI di pasaran....Banyak cerita-cerita menarik dunia hiburan tempatan yang boleh didapati dalam majalah HAI keluar terbaru yang menampilkan Farah Fauzana sebagai cover HAI kali ini.....

Jangan berlengah lagi....dapatkan majalah HAI terbaru berdekatan anda sebelum kehabisan!!!