6/28/2009

Kekasih Noh (Hujan) masih merajuk?


TEKS & FOTO : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN

BAGI para pengikut band Hujan yang bergelar Raingers, Hujan merupakan aset yang paling mereka hargai. Bagi mereka, tiada band lain yang lebih hebat selain Hujan.

Baru-baru ini, HAI diundang menyertai majlis 'Gathering Raingers bersama Hujan' yang diadakan khas oleh Raingers untuk mengeratkan lagi hubungan dengan band yang kini popular dengan lagu Kotak Hati.

Sebelum ini, vokalisnya, Mohammad Noh Salleh atau Noh ada memberitahu HAI bahawa kekasihnya Athira Abdul Ghanie (Tya) turut serta dalam majlis tersebut.

Teruja mendengar khabar itu, HAI menanti dengan penuh sabar untuk mengenali gadis cantik yang telah berjaya memikat hati jejaka dari Sarawak itu.

Namun, kelibat Tya yang dinanti-nantikan tidak juga kunjung tiba hingga majlis tamat. Adakah Tya masih merajuk dengan Noh?


Yalah, sebelum ini Noh ada memberitahu bahawa Tya merajuk selepas mendengar cerita panas tentang dirinya dengan pelakon janda Nora Danish.

“Sebenarnya, Tya tak dapat hadir kerana ada urusan dengan keluarganya. Bukan sebab dia masih merajuk atau marah pasal gosip itu.

“Sebenarnya, hubungan kami masih baik, sama seperti sebelum ini. Gosip itu sedikit pun tidak menjejaskan hubungan yang kami bina sekian lama,” cerita Noh ringkas.

Meriah


Hampir 200 ahli Raingers telah hadir membanjiri Itudio Studio, Kelana Mall, Petaling Jaya demi meraikan band indie yang mereka kagumi.


Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh beberapa band indie lain.

Band Stone Bay membuka tirai persembahan, diikuti oleh band Joanna & Co., penyanyi indie solo, Jayzuan, Coco dan Bliz.


Suasana bertambah gamat apabila Hujan mengambil alih pentas dan terus mengasak kehangatan dengan mempersembahkan sepuluh buah lagu daripada album pertama mereka.


Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan pada raut wajah Raingers.

“Sambutan yang diberikan oleh Raingers memang tidak terkata. Meriah sangat. Kami gembira sekali.


“Majlis ini merupakan hadiah paling bermakna buat Hujan oleh Raingers. Selain itu, majlis ini bukan saja mengeratkan hubungan Hujan bersama Raingers, malah dapat juga menguatkan lagi hubungan sesama Raingers.


“Walaupun kami sering dilanda kontroversi dan pelbagai dugaan di dalam industri, Raingers tetap kukuh menyokong kami. Terima kasih Raingers!,” kata Noh mewakili teman-temannya dalam Hujan.


Ikut kata Raingers

Tanpa peminat, barangkali kumpulan indie popular tanah air yang dianggotai oleh Noh (vokal), AG (gitar), Jaja (bes), Ambobzeela (dram) dan Dimas (keyboard) ini pasti tidak berada pada tahap yang mereka kecapi sekarang.


Setelah kejayaan album pertama, Hujan bakal tampil dengan album kedua tidak lama lagi.


“Album pertama dulu merupakan album kompilasi daripada EP dan lagu-lagu kami yang lama. Album baru ini nanti lebih segar dan agresif dengan lagu-lagu yang baru.

“Insya-Allah, album kedua yang memuatkan sebanyak lapan buah lagu itu bakal dipasarkan tidak lama lagi.


“Sebelum ini, kami telah menyediakan empat lagu iaitu Mencari Konklusi, Besi Sangkar Di Hatiku, Obsesi dan Romantik yang akan dijadikan single terbaru Hujan.


“Tetapi, kami tidak pasti untuk memilih lagu mana untuk dijadikan single terbaru kami. Setelah meminta pendapat Raingers, kami akhirnya mengambil keputusan memilih lagu Mencari Konklusi sebagai single terbaru kami.


“Tujuan kami mengadakan undian ini adalah untuk Raingers terlibat sama dengan album ini dan lebih berasa dekat dengan Hujan,” ujar Noh.


Pembaca HAI yang berminat untuk menyertai kelab peminat Hujan – Raingers, boleh layari portal rasmi Raingers di
http://www.hujan.org/

FOTO : Kemeriahan gathering Raingers & Hujan


HUJAN


AG


JAJA


DIMAS


NOH


AG (kiri) & NOH


Tepuk la!!


Sedang dalam mood 'gila-gilaan'


JAYZUAN


COCO


BLiZ


JOANNA & CO.


JOANNA & CO.


STONE BAY


RAINGERS!!!


Hujan dan krew2 yang menjayakan majlis


Hujan & Raingers


sesi autograph


kek hadiah dari Raingers


Tiup lilin


"Saya amat terharu dengan hadiah kek ini..terima kasih Raingers!!...sob..sob..." kata-kata yang direka oleh HAI...hehehe :P

FOTO : ZAKARIA IDRIS & TAJUL ARIFFIN

sebalik tabir cover HAI bil.645 (20 jun 2009)

khas buat pembaca setia HAI...saksikan beberapa foto menarik di sebalik tabir sesi fotografi cover HAI bil.645 (20 jun 2009)

















tak cukup?...kalau mahu lagi...klik di sini

Maya juara Suara Karaoke HAI-Redbox di Klang


Wajah ceria wakil Klang ke grand final..(dari kiri) Khairul Anuar (pemenang tempat kedua), Maya (pemenang tempat pertama), Dayana (pemenang tempat ketiga dan Rushdan (pemenang tempat keempat)


Kemantapan vokal melalui lagu Matahariku yang dipopularkan oleh Agnes Monica, berjaya menambat hati juri sekali gus mencatat kejayaan buat Maya Hariyanto, 17, apabila diangkat sebagai juara lokasi kedua pertandingan Suara Karaoke HAI-Red Box 2009.

Gadis genit berbakat besar ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 dan baucer Red Box bernilai RM50.

Naib johan pula dimenangi Khairul Anwar A. Shukor, 23 yang mempertaruhkan lagu Jangan Bersedih Lagi dendangan Anuar Zain membawa pulang hadiah wang tunai RM150 dan baucer Red Box bernilai RM50.

Peserta Dayana Ahmad, 22, yang mendendangkan lagu Tiada Logika nyanyian Agnes Monica pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM100.

Tempat keempat pula disandang oleh Mohammad Rushdan Mohammad Ramli, 19, yang menerima hadiah wang tunai RM50 menerusi lagu Mungkir Bahagia nyanyian Hazami.

Kesemua hadiah wang tunai untuk peringkat separuh akhir itu adalah tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali dan Eksekutif Kanan Pengiklanan dan Promosi Red Box, Raja Marliza Safia.

Selepas ini, empat finalis dari Klang itu akan memulakan persaingan dengan finalis-finalis dari lokasi pertandingan yang lain bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.

Juara peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November depan bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara pula RM3,000 dan tempat ketiga bakal menerima RM2,000 sumbangan Red Box.

Para pemenang juga berpeluang dipilih menjadi artis syarikat rakaman Millenium Arts Sdn. Bhd., milik komposer Julfekar. Pemenang yang terpilih berpeluang memiliki album sendiri selepas pertandingan ini.

untuk melihat foto-foto menarik sepanjang pertandingan....klik di sini

Farlina Juara lokasi pertama Suara Karaoke HAI-RedBox 2009 (JB)


Wajah ceria wakil Johor Bahru ke grand final..(dari kiri) Farlina (pemenang tempat pertama), Farhana (pemenang tempat kedua), Ulfa (pemenang tempat keempat) dan Asnida (pemenang tempat ketiga)


Lagu Bring Me To Life yang dipopularkan oleh Evanescence membawa tuah kepada peserta Farlina Mohamad, 27, apabila dinobatkan sebagai juara lokasi pertama pertandingan Suara Karaoke HAI-Redbox ’09 di Johor Bahru.

Farlina yang berjaya menewaskan 14 peserta lain semasa peringkat separuh akhir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150.

Naib johan pula disandang oleh Farhana Mohamad, 23, menerima hadiah wang tunai RM100 yang menyampaikan lagu Right To Be Wrong yang dipopularkan oleh Joss Stone.

Peserta Nor Asnida, 17, yang mendendangkan lagu Aku Tetap Aku nyanyian Shima pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM50.

Tempat keempat pula disandang oleh Nur Ulfa Ghazali, 17, yang turut menerima hadiah wang tunai RM50 menerusi lagu Because Of You nyanyian Kelly Clarkson.

Kesemua hadiah wang tunai untuk peringkat separuh akhir itu adalah tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Selepas ini, empat finalis dari Johor Bahru itu akan memulakan persaingan dengan finalis-finalis dari lokasi pertandingan yang lain bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.

untuk melihat foto-foto menarik sepanjang pertandingan....klik di sini

Suara Karaoke HAI-Red Box 2009


Majalah hiburan popular, HAI kembali menganjurkan pertandingan karaoke khas buat pembaca setia sejak kali terakhir diadakan di Menara Kuala Lumpur empat tahun lalu.

Selain hadiah wang tunai yang lumayan iaitu RM5,000 (juara), RM3,000 (naib juara) dan RM2,000, setiap pemenang juga berpeluang bergelar artis rakaman syarikat rakaman Millenium Arts Sdn. Bhd. milik komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah.

Jadi, apa yang ditunggu lagi....jangan lepaskan peluang keemasan ini...Bagi pengikut setia HAI yang berminat mengikuti pertandingan ini, boleh dapatkan maklumat dan info dalam setiap keluaran majalah HAI...

HAI kini di dunia digital

Selamat datang HAI ucapkan kepada pembaca setia majalah hiburan popular Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dari HAI...Kini, HAI sudah pun mengikut arus peredaran masa dan HAI kini boleh ditemui di Facebook selain laman blog ini...