8/07/2009

HOT GOSSIP : Sedar tak dipedulikan


KELAKAR juga apabila Hai dengar cerita tentang seorang artis wanita yang sensasi ini. Mana taknya, dulu dia dijulang dan diberi pelbagai gelaran. Sekarang, tak siapa pun peduli.

Semasa satu tayangan filem, teman Hai ternampak artis wanita ini datang lambat ketika tayangan hendak dimulakan. Dengan lagak sombong dia langsung tak tegur atau lemparkan senyuman pada pihak media.

Tak kisahlah sebab yang sebenarnya, pihak media tak pandang pun kehadirannya. Tapi, artis itu khabarnya sedar dirinya tidak dipedulikan, sebab sebaik sahaja tamat tayangan, dia cepat-cepat keluar sambil bercakap di telefon bimbit.

HAI: Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan