8/07/2009

HOT GOSSIP : Artis lelaki dilarang berkawan dengan lelaki lembut


HAI ada dengar cerita terbaru tentang artis lelaki yang baru mencari tapak dalam nyanyian. Gosip panas tersebar, kononnya dia dilarang oleh ibunya daripada berkawan dengan lelaki-lelaki lembut. Si ibu takut anaknya itu akan terikut-ikut dengan gaya lelaki-lelaki lembut itu.

Mungkin kerana anaknya itu selalu diejek lembut, maka ibunya risau jika perkara itu jadi kenyataan. Ada jugalah orang sekeliling bertanyakan perkara itu kepada Hai.

Sebab mereka musykil melihat gaya penampilan, gaya percakapan serta serba-serbilah pergerakan artis lelaki itu. Memanglah wajahnya tampan, cuma ada yang kata lagaknya macam ‘sesuatu.’

Memang tak salah larangan daripada si ibu, tapi kenalah faham, dalam industri seni kita, memang tak boleh lari daripada bekerjasama dengan golongan sebegitu.

Yang penting, artis lelaki itu kenalah buktikan dia benar-benar ‘jantan tulen.’

HAI:Tak kisah berkawan dengan semua golongan asalkan tahu batas-batas yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan