8/07/2009

HOT GOSSIP : Naufara dah berani tayang kekasih?



TERNGANGA mulut Hai mendengar cerita yang disampaikan oleh gadis bernama Cek Mek Molek tentang kemesraan penyanyi Naufara bersama seorang lelaki ketika berada di dalam sebuah majlis, baru-baru ini.

Apakah lelaki yang duduk di sebelah Naufara itu merupakan kekasihnya?


Menurut Cek Mek Molek, awalnya dia melihat Naufara dan pasangannya itu menjamu selera di sebuah restoran makanan segera sebelum berada di majlis tersebut.


“Tiba di pintu masuk, ada beberapa peminat mahu bergambar dengan Naufara. Jadi, lelaki itu pun beri laluan dan duduk di tepi. Nampak dia sangat sporting.

“Mungkin takut wartawan perasan agaknya, mereka masuk bila lampu dah dipadamkan. Tamat saja majlis, mereka cepat-cepat keluar.


“Agaknya, Naufara ingat dia pakai topi orang tak kenal,” cerita Cek Mek Molek bersungguh-sungguh.
Adakah lelaki ini yang diceritakan oleh Naufara dalam majalah HAI sebelum ini?

Satu sumber memaklumkan pada Hai, lelaki itu seorang ahli perniagaan yang berjaya. Orangnya baik dan mudah mesra.


Jika betullah apa yang Hai dengar, harap mereka buat keputusan yang bijaksana agar tiada hati yang terluka nanti. HAI: Suka dengar lagu Menjaga Hati nyanyian Yovie & Nuno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan