8/07/2009

HOT GOSSIP : Puteri Sarah ditipu artis lelaki


SUSAH juga apabila terlalu baik hati dengan kawan-kawan kerana ada yang suka mengambil kesempatan. Inilah yang dialami oleh pelakon Puteri Sarah apabila ditipu oleh kawan baik yang meminjam sejumlah wang daripadanya.

“Silap saya juga kerana percayakan artis lelaki popular itu. Saya faham masalah dalam rumah tangganya, jadi saya pinjamkan dia sejumlah wnag. Tak adalah banyak sangat, Cuma saya terkilan sebab bila tiba masa yang dijanjikan untuk bayar semula wang itu, dia buat diam saja tanpa dapat dikesan.

“Apa yang saya tahu, ramai juga artis dah terkena benda yang sama. Kalau dia tak boleh bayar, apa salahnya cakap terus-terang. Ini tak, hanya pandai berjanji palsu saja. Yang saya geram, dia suka menunjuk-nunjuk seperti orang banyak duit, sedangkan hakikatnya sengkek,” ujarnya dalam nada geram.

HAI:Memang sensitif perkara wang ringgit kerana adik-beradik pun boleh bergaduh dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan