
AMBOI... sejak hero Malaya, abang Rosyam Nor tampil dengan program Pilih Kasih, secara automatik perkataan itu jadi popular. Hai pun nak bercakap tentang pilih kasih juga, tapi bukanlah mengenai program lakonan itu.
Hai dengar ada segelintir media bengang dengan kumpulan Bunkface yang pilih kasih mahu tampil dalam media terpilih saja. Geram betul kata mereka.
Ceritanya, Bunkface sekarang sudah pandai meminta-minta, tak mahu bercerita tentang cinta, dan hanya memilih beberapa media saja untuk menceritakan kisah mereka.
Kereknya mereka sekarang. Hai tak salahkan mereka jika tak mahu bercerita soal cinta keran, Hai sendiri pun ada kalanya tak suka bertanya soal cinta pada mereka.
Tapi mereka perlu ingat, itulah lumrah menjadi artis. Semua peminat ingin mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat, termasuk soal peribadi. Cuma, tidaklah keterlaluan. Pihak media pun tidak bodohlah nak tulis cerita yang melampau-lampau.
Pihak media hanya memenuhi permintaan peminat. Jika tak mahu disentuh soal peribadi, tak perlulah dengan sendirinya mencetuskan kontroversi seperti mana aksi dalam gambar yang tersebar sebelum ini yang kononnya didakwa oleh Sam sebagai mengambil bau kekasihnya.
HAI:Sekali orang tak sudi, 10 kali tak kuasa nak melayan orang yang banyak songeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan