8/10/2009

HOT GOSSIP : Isteri penyanyi akui tak pernah bahagia

SEORANG kawan Hai yang suka buat lawak macam watak dalam sinetron popular Indonesia, Wah! Cantiknya, membisikkan satu cerita tentang penyanyi lelaki popular.

Khabarnya, isteri penyanyi lelaki itu telah meluahkan perasaan pada seseorang bahawa dia tidak pernah bahagia sepanjang perkahwinan mereka.

Meskipun sudah dikurniakan beberapa orang anak, sang isteri masih makan hati kerana suaminya menjalin hubungan dengan perempuan keliling pinggang.

Memanglah, serba-serbi cukup diberikan oleh si suami kerana sekarang ini nama suaminya berada dalam senarai papan atas penyanyi lelaki popular. Yalah, wang ringgit dan kemewahan tidak menjamin kebahagiaan dari sudut hati dan perasaan.

Cuba bayangkan, isteri mana yang tak makan hati kalau si suami punya perempuan keliling pinggang?

Khabarnya, mereka kerap bergaduh fasal hal inilah dan penyanyi itu banyak kali cuba mempertahankan rumah tangganya demi anak-anak. Cuma si isteri dah tak tahan kerana suaminya tidak mahu berubah sikap.

Kasihan juga Hai dengar keluhan isteri penyanyi tersebut. Jika benarlah gosip yang Hai dengar ini, apa yang boleh dikatakan, bincangah elok-elok demi kerukunan rumah tangga. Si isteri kenalah faham, walau sejahat atau senakal mana pun suami, harus diingat bahawa syurga di bawah telapak kaki suami.

HAI: Wanita dijadikan dari rusuk lelaki bukan dari kepalanya untuk menjadi atasan dan bukan dari kaki untuk menjadi alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan