8/10/2009

HOT GOSSIP : Sombongnya penyanyi tu...



ADA pembaca setia yang mengadu kepada Hai tentang kerenah seorang penyanyi perempuan yang begitu sombong dengan peminat. Baru-baru ini, penyanyi itu diundang menjayakan satu program anugerah baru yang diadakan di pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang peminat yang ingin mengambil gambar artis-artis yang hadir membuat persembahan pada hari itu. Maklumlah, mereka sangat teruja dapat melihatnya setelah berhabis duit mengundi dalam sebuah program nyanyian realiti yang popular.

Namun, respon yang diterima agak mengecewakan apabila penyanyi ini begitu sombong sehingga tak mahu bergerak sedikit pun dari kerusi dan berpaling ke arah mereka yang amat berharap untuk mengambil gambarnya.

Memang sangat dikesali perangai penyanyi ini. Apa salahnya berdiri dan berpaling sebentar untuk peminat mengambil gambar. Bukannya susah pun.

Pesan Hai kepada penyanyi itu, jangan sesekali bersikap sombong dengan peminat. Tanpa peminat, pasti dia takkan kekal lama dalam industri seni.

HAI:Nak tunggu saat penyanyi ini jadi ‘suam-suam kuku’, waktu itu barulah dia terhegeh-hegeh cari peminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan