8/27/2009

Sarah tidak demanding


MISI untuk mengharumkan nama negara di dalam pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-13 di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini, telah disempurnakan dengan baik oleh Sarah Raissuddin.

Dia berjaya meraih tiga pingat emas dalam kategori World Music, juga kategori R & B/ Jazz serta kategori vokal terbuka. Manakala, pingat perak pula dimenangi melalui kategori pop dan duet bersama Yusrizan Usop (Bob AF2).

Itu kejayaan pertamanya di peringkat dunia. Sarah terlebih dahulu mencipta kejayaan di awal kemunculannya dalam seni sewaktu majlis Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003. Waktu itu dia diangkat sebagai Artis Baru Wanita Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Sepanjang Tahun.

Malah, dia turut meletakkan namanya sebagai pemenang Artis Baru Wanita Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, tempoh kegemilangan namanya tidak bertahan lama, kerana sejak empat tahun lepas, nama Sarah hampir tidak disebut-sebut oleh penggemar seni.

Dalam tempoh itu, namanya bagaikan tenggelam, tambahan pula tiada sebarang produk album terbaru.

Kini, dengan kejayaan besar di pentas Hollywood, sekali gus menaikkan semula nama gadis genit ini. Malah, tentunya ada pihak beranggapan inilah masanya untuk dia demanding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan