7/12/2009

HOT GOSSIP : Pierre Andre ada kekasih baru?

LAMA benar rasanya Pierre Andre menyepi selepas kontroversi yang mengatakan dia sedang mabuk bercinta dengan Maya Darina Dahlan Hain, seorang wanita yang tidak diketahui sama ada wujud atau hanya fantasi.

Sejak itu, tiada sebarang cerita mengenai lelaki ini. Walaupun ada yang bercerita, dia sebenarnya sibuk mengikuti penggambaran di Indonesia, malah ada yang mengatakan Pierre kini lebih gemar bersendiri.

Walau apa pun yang dikatakan, yang pasti Pierre kini berada di dalam keadaan sihat. Menurut tukang beri gosip, siapa lagi kalau bukan Pah Bedah, Pierre kini gembira di samping teman barunya.

Pah Bedah menjadi antara ramai orang yang melihat kemesraan Pierre di salah sebuah kompleks membeli -belah terkemuka dengan seorang gadis cantik. Berkulit putih, berambut panjang dan berwajah jelita, adakah itu teman wanita baru Pierre?

Kalau benar itu teman wanita barunya, Hai turut tumpang gembira, dan doakan Pierre sentiasa berbahagia.

HAI: Lama tak dengar cerita Julia Ziegler. Apa khabar agaknya dia di Amerika Syarikat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan