7/12/2009

HOT GOSSIP : Kekasih penyanyi lelaki popular ting- tong

INGATKAN penyanyi lelaki popular ini saja yang ting- tong, rupa-rupanya penyakit itu turut menjangkiti kekasih yang bakal dikahwininya tidak lama lagi.

Seorang teman di Hai pernah cuba dapatkan penyanyi ini untuk satu tugasan. Disebabkan sukar mendapatkannya, maka pengurus penyanyi itu berilah nombor kekasihnya untuk dihubungi bagi menyampaikan pesan.

Jadi, teman tadi pun hubungilah gadis itu dan sampaikan apa yang dihajati. Jawapan si gadis yang berjanji akan memberitahu penyanyi itu dan akan segera menghubungi teman tadi buatkan dia senang hati.

Tapi janji tinggal janji apabila semua itu propa. Baik penyanyi lelaki itu atau kekasihnya langsung tak hubungi teman tadi membuatkan dia ternanti-nanti. Sama-sama ting-tonglah jawabnya.

HAI: Catat isu hangat artis atau gosip panas di kertas kerana bimbang terlupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan