7/12/2009

HOT GOSSIP : Kekasih tak mengaku bercinta

PELIK ada, kelakar pun ada bila mendengar cerita cinta sepasang kekasih yang juga artis remaja popular. Apa taknya, yang seorang bukan main lagi mengaku yang mereka sedang hangat bercinta, tapi yang seorang lagi pula sebaliknya.

Apa sudah jadi? Adakah mereka mahu bermain teka- teki dengan pihak media, ataupun mereka sebenarnya tak merancang apa yang perlu mereka katakan setiap kali diajukan soalan panas ini?

Jika benar salah seorang daripada mereka mahu menjaga nama baik kumpulannya yang sedang melonjak naik, apa salahnya jika mereka berbincang dahulu.

Bukan apa, takut nanti mereka malu sendiri jika kantoi dengan pihak media. Selain itu bimbang juga salah seorang daripada mereka dianggap syok sendiri atau terhegeh-hegeh, sedangkan yang seorang lagi tidak bercakap apa-apa.

HAI: Nak tanya Erry Putra yang dikatakan hangat bercinta dengan pelakon wanita yang popular juga namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan