7/08/2009

HOT GOSSIP : Penyanyi syok pada janda

Memanglah penyanyi lelaki yang seorang ini sangat popular, masih kacak dan bergaya macam orang muda.

Hubungan dengan kekasih tidak pernah kekal, ada saja timbul masalah hingga jadi tajuk utama akhbar dan majalah.

Terbaru, Hai dengar dia dah tangkap syok dengan seorang janda. Janda itu pula bukan orang baru di dalam dunia hiburan. Janda muda itu masih cantik, menawan dan bergetah, sama macam zaman popularnya dulu sebelum berkahwin.

Hai dengar khabar, penyanyi lelaki itu terus ajak si janda itu bercuti ke pusat peranginan terkenal selepas menemuinya di satu majlis. Wah! Cepatnya tangkap cinta.

Tapi, sang janda menolak dengan baik kerana mereka baru sangat berkawan. Hai pun hairanlah dengan penyanyi lelaki popular itu yang cepat sangat jatuh cinta. Sebelum ini, dia adalah simpan hati pada seorang pelakon wanita lain. Tapi, tidak dilayan juga. Kasihan...

HAI: Tahniah buat seorang teman baik bernama Khalsum yang sudah dirisik dan bakal bertunang tidak lama lagi. Mahu ambil kursus kahwin di mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan