SEWAKTU hadir ke Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 20 Jun lalu, Hai ketemu pelakon Erry Putra. Apalagi, terus Hai bertanyakan tentang hubungan cintanya yang sering kecundang.
Malah, Hai juga tanya soalan panas kononnya dia sengaja mereka-reka cerita bercinta dengan seorang personaliti cantik, sedangkan personaliti itu anggap dia sebagai kawan sahaja.
“Saya malas nak panjangkan cerita ini. Hakikatnya, kami memang bercinta. Tapi dia jauhkan diri sebab saya kurang beri tumpuan padanya sebab saya sibuk berlakon.
“Saya tak sedih pun bila dia keluarkan kenyataan itu kerana saya ada bukti. Tak dinafikan apabila bertemunya hati saya terusik kerana masih ada perasaan terhadapnya.
“Sekarang, saya tampil dengan lagu single berjudul Gadisku Lari Lagi, yang saya cipta sendiri. Ia dihasilkan dalam dua versi iaitu versi pertama diterbitkan oleh Aidil AF3 dan versi kedua pula oleh AG (Hujan).
“Lagu itu saya tujukan kepada gadis-gadis yang pernah bertakhta di hati saya, termasuklah personaliti itu,” jelas Erry.
HAI: Bertemu Remy Ishak malam itu yang mengadu diganggu oleh lelaki yang memperkenalkan dirinya Dwan. Tapi bukan Dwan, wartawan majalah Hai tau!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan