7/08/2009

HOT GOSSIP : Pelakon remaja kaki mabuk

SUMBER setia Hai, Pah Bedah tampil lagi dengan cerita sensasi. Kisahnya memang hangat kerana berkaitan dengan seorang pelakon remaja wanita yang dilihat naif dan bersopan santun.

Hai terkejut bila Pah Bedah beritahu, pelakon remaja itu sebenarnya kaki mabuk. Kalau tengok dia mabuk memang ramai terganga mulut sebab tak sangka di sebalik sikap lemah lembut dan sopan santunnya itu, ibarat pijak semut pun tak mati.

Adegan itu bukan babak di dalam drama tetapi realiti semasa pihak produksi drama mahu mengadakan wrap party di sebuah kelab setelah tamat penggambaran drama.

Di kelab itu, ramai terkejut apabila pelakon remaja tersebut telah memesan beberapa botol minuman keras. Katanya mahu ‘open table’ belanja kawan-kawan minum.

“Sebaik minuman keras sampai, dia terus minum dengan selamba tanpa pedulikan orang lain. Bila dah mabuk, pelakon remaja itu terus hilang perasaan malu. Buruk benor rupenya,” jelas Pah Bedah dalam loghat Perak.

Hai garu kepala memikirkan kebenaran cerita ini. Dalam hati Hai berbisik, boleh tahan juga pelakon remaja itu yang namanya agak kontroversi sejak kebelakangan ini.

HAI: Minum air suam saja, jaga suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan