7/12/2009

HOT GOSSIP : Artis baru berlagak

TERKEJUT Hai bila dengar cerita seorang kawan tentang sikap berlagak dan hidung tinggi seorang artis baru lelaki, ketika satu tugasan.

Semasa tunggu artis itu, dia duduk di kerusi yang disediakan. Ternampaklah dia wajah seorang lelaki yang seperti dikenali juga. Tapi dia taklah menegur takut tersalah orang.

Tetapi, artis lelaki itu buat muka kekwat, langsung tidak mahu menyapa. Patutlah, banyak cerita fasal seorang penyanyi baru dan pengurusnya itu yang dikatakan lebih sudu daripada kuah.

Kalau begitulah sikapnya, memang layak dia dikritik teruk sebelum ini. Nampaknya, tinggal angan-angan sajalah untuk dia cipta nama sebagai penyanyi popular. Vokal pun ala-ala sajakan...

HAI: Nak ucapkan Happy Belated Birthday ke-17 buat anak buah, Amira Yazid yang menyambutnya pada 4 Julai lalu. Semoga jadi insan yang berguna dan kaya budi bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan