7/12/2009

HOT GOSSIP : Tak reti pulangkan baju pinjam

KALAU sebut nama seorang pelakon wanita ini, satu Malaysia kenal. Mana taknya, dia memang gah dan boleh dikatakan popular kerana kerap berlakon.

Tapi dia rupa-rupanya kaki propa juga. Teman Hai bercerita tentang kelakuan buruk pelakon ini yang hanya pandai meminjam baju di sebuah butik, tapi tak reti pula nak pulangkan semula.

Menurut cerita pekerja butik, pelakon tersebut ambil dekat 50 pasang pakaian yang kononnya digunakan untuk shooting tapi lepas itu buat-buat lupa untuk pulangkan. Bila dihubungi, tak reti pula menjawab panggilan telefon.

Yang silapnya, pekerja butik itu memberi pelakon itu meminjam kesemua baju tersebut tanpa surat bertulis. Jadi, terpaksalah dia bayar ganti rugi kepada majikannya. Bayangkan, bukan sikit jumlah yang dia kena bayar. Kalaulah gosip ini benar, harap pelakon yang dimaksudkan sedar sikapnya beri kesan buruk pada orang lain.

HAI: Apabila berkenan dengan satu baju, kalau tak ada tunai, tak segan-segan gunakan wang plastik (kad kredit).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan