7/14/2009

Artis melaram hitam-putih di Parti Selebriti Kosmo


BERTEMAKAN warna hitam dan putih, lebih 50 selebriti popular bersama para pembaca akhbar Kosmo! dan pengedar One Drop Perfumes berhimpun di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur untuk Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009.

Penuh dengan glamor, majlis makan malam itu menjadi medan selebriti tempatan untuk melaram dengan fesyen terkini rekaan pereka fesyen popular.

Nyata, aura selebriti benar-benar terserlah tatkala menggayakan fesyen terbaru mereka yang cukup mencuri perhatian. Apatah lagi rona hitam dan putih itu membuatkan selebriti-selebriti tampak stailo, menawan dan berkeyakinan.

Kebanyakan selebriti wanita begitu obses dengan fesyen, antaranya, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Ainul Aishah, Rabecca Nur Al Islam, Rozita Che Wan, Intan Ladyana dan Scha Alyahya. Begitu juga dengan Aznil Hj. Nawawi, Fizo Omar, Kamal Adli, Syamsul Yusof dan Fahrin Ahmad.

Bagaimanapun, di majlis tersebut, Rabecca Nur Al Islam paling menjadi tumpuan kerana fesyennya yang memukau dan berani sehingga dipanggil oleh Aznil selaku pengacara majlis untuk naik ke pentas beradu dengan Intan Ladyana bagi pemilihan pakaian selebriti terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan