7/08/2009

Nubhan buat perangai lagi?


OLEH : TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN
FOTO : NUBHAN FC


SEJAK melangkah ke dunia hiburan, empunya nama Ahmad Nubhan Ahamad, sering dilanda serangan gosip dan kontroversi.

Biarpun penyanyi yang popular menerusi lagu Ada Untuk
mu dan Seadanya Aku ini telah cuba membuat perubahan pada dirinya, namun khabarnya, dia masih tidak dapat memuaskan hati beberapa pihak.

Bukan ingin mengungkit kisah lama, tetapi se
jak kebelakangan ini HAI ada terdengar kembali rungutan beberapa pihak yang mengatakan Nubhan masih tidak berubah dan masih dengan sikap lamanya yang sombong, berlagak diva dan susah bergaul dengan orang sekeliling.

Tatkala ditanyakan tentang isu yang kembali hangat diperkatakan itu, Nubhan tidak melenting, malah dengan nada bersahaja memberitahu HAI bahawa tiada manusia yang sempurna.

“Saya tidak tahu nak cakap macam
mana lagi tentang cerita yang mengatakan saya sombong dan berlagak diva itu. Sebenarnya, saya memang jenis orang yang tak banyak cakap.

“Diam tidak bermakna seseorang itu sombong. Saya jenis yang susah membiasakan diri bila b
erjumpa orang ramai.

“Takkan saya hendak sibuk bertegur sapa setiap kali berjumpa orang walaupun saya tidak kenal mereka. Takut nanti orang akan naik menyampah pula dengan saya. Lebih baik saya berdiam diri.

“Buat apa saya hendak sombong dengan wartawan. Mereka yang menaikkan nama saya di d
alam industri ini. Semua ini hanya salah faham saja.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya bukannya seorang yang sombong atau berlagak diva. Saya juga ingin meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan sikap saya ini.

“Saya harap dengan penjelasan ini, semua pihak di luar sana akan lebih memahami diri saya dan tidak akan timbul lagi cerita ini,” pinta anak bongsu daripada lapan adik-beradik ini.

Lagu Mandarin

Bercerita tenta
ng kerjaya seninya pula, jejaka tinggi lampai ini sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang mungkin akan berada di pasaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Yang menariknya, pemuda kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini bakal muncul dengan sebuah lagu Mandarin yang akan dimuatkan di dalam album tersebut.

“Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan ini merupakan langkah saya untuk cuba memasuki pasaran masyarakat Cina.

“Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza juga ada menyanyikan lagu Mandarin dan dia berjaya mencuri perhatian peminat berbangsa Cina.

“Saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Apa salahnya saya gunakan kelebihan itu untuk kembangkan lagi golongan peminat saya.

“Saya mahu lebih dikenali oleh pelbagai bangsa dan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Melayu sahaja,” cerita penyanyi berusia 23 tahun ini.

Nubhan FC sumber tenaga Nubhan

Tanpa sokongan padu ahli kelab peminatnya, Nubhan FC yang menggelarkan diri mereka sebagai Nubies, pasti pencapaiannya tidak menjadi realiti.

“Bagi saya, mereka adalah sumber tenaga. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang masih teguh memberi dorongan dan semangat untuk saya berjuang di dalam bidang yang saya cintai ini.

“Tanpa mereka, pasti saya tidak akan kekal sampai hari ini. Saya sudah menganggap mereka sebagai sahabat dan ahli keluarga sendiri. Bila bersama mereka, saya tidak pernah meletakkan sebarang jurang.

“Jika ada kelapangan, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta aktiviti bersama mereka,” kata Nubhan ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelab peminatnya, di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.


















*foto-foto menarik sekitar majlis ulangtahun Nubhan FC...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan