9/08/2009

Zahid hadiah Nita baju raya

OLEH: WAHIDA OTHMAN
FOTO: NOOR AZLINA JAAFAR
SOLEKAN: ATIE JENGKA (012-2550217)
PAKAIAN: GEDUNG AL HABSEE BANDAR BARU BANGI (019-3870121)
LOKASI: RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI.


ROMANTIK sungguh Zahid. Menurut cerita Nita, sebelum puasa lagi buah hatinya itu sudah pun membelikannya sepersalinan kain untuk dibuat baju raya.

“Untuk persediaan raya, awal-awal lagi Zahid dah hadiahkan baju raya. Walaupun tidak warna sedondon dengannya, tapi saya tetap gembira kerana kerana itu membuktikan dia ingat pada saya.

“Saya sekeluarga beraya di Selayang. Tapi, jika ada kawan-kawan yang menghala ke Perak selepas raya pertama, mungkin saya akan menyertai mereka dan kami akan singgah beraya di kampung Zahid.

“Zahid pula akan beraya di rumah saya selepas pulang dari Perak,” ujar Nita.

Sesibuk mana sekalipun mereka dengan urusan kerja, pasangan kekasih Nita dan Zahid tetap ingin meluangkan masa bersama menyambut Lebaran.

Melihat mereka membawa haluan masing-masing, HAI cuba menebak adakah tahun ini merupakan tahun terakhir mereka menyambut raya berasingan?

“Belum fikir serius tentang itu. Kami sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan kebetulan pula, kafe kami baru saja dibuka.

“Soal kahwin biarlah dahulu. Kalau ada jodoh nanti, kami akan berkahwin juga.

“Cuma, saya tak mahu tetapkan masa. Bimbang jika suatu hari nanti, andai tak jadi, orang akan pertikaikan,” kata Nita.

Celah Zahid,”Kami baru saja dua tahun bercinta... ada orang dah lapan, sembilan tahun bercinta, masih juga belum berkahwin.

“Saya tak rasa kami sudah terlambat untuk berkahwin. Asalkan kami saling mempercayai, saya rasa hubungan ini akan kekal selamanya.”

Zahid beraya di hospital

Bercerita tentang pengalaman raya, menurut Zahid, pengalaman paling sedih dilalui kerana pernah beraya di hospital.

“Saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki menghidapi demam denggi. Memang terasa sangat kesedihannya sebab saya bersendirian di pagi raya. Keluarga pula hanya datang selepas tengah hari.

“Itulah saat yang paling sedih pernah berlaku di Hari Raya, dan selepas dari kisah itu, setiap pagi raya saya sambut dengan perasaan penuh gembira.

“Tentang persiapan raya pula, tak banyak yang saya sediakan, sebab dari segi pakaian dan hiasan rumah semuanya telah disiapkan oleh keluarga di kampung.

“Saya hanya peruntukkan seribu ringgit untuk diberikan pada anak-anak saudara di kampung,” ujar Zahid yang kini sibuk menguruskan kafe miliknya, Studio Cafe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan