7/08/2009

HOT GOSSIP : Artis berlakon video lucah

KETIKA sedang rancak menaip kisah-kisah panas untuk keluaran terbaru majalah HAI, tiba-tiba Hai dapat panggilan telefon daripada seorang peminat setia.

Daripada nada suaranya Hai dapat mengagak dia ada cerita sensasi artis yang mahu disampaikan.
Menurut pemanggil lelaki yang enggan dikenali itu, dia ingin mendedahkan cerita sensasi tentang seorang artis wanita.

Meremang bulu roma dibuatnya apabila dia memberitahu pernah menonton aksi lucah artis wanita itu yang dihasilkan beberapa tahun lalu.

“Saya pernah menonton video lucah artis wanita itu dengan seorang lelaki Mat Salleh. Daripada raut wajah dan bentuk badannya, memang saya yakin benar.

“Tambah menyakinkan apabila nama penuhnya turut ditulis sewaktu aksi panas itu sedang berlangsung,” cerita pemanggil tersebut.

Bersungguh benar dia minta Hai menyiasat perkara ini. Tapi apabila diminta tunjukkan bukti, pemanggil itu beritahu video itu sudah hilang dari tangannya setelah dipinjamkan kepada rakan-rakan.

Agaknya, ini mungkin kes pelanduk dua serupa. Ataupun ini usaha untuk memburukkan nama artis tersebut.

Bukan apa, sudah banyak kes sebegini dihebohkan tapi rupa-rupanya ia dilakonkan oleh pelakon asing yang rupanya iras-iras artis kita.

HAI: Takut nak menfitnah sesama manusia kerana dosanya lebih besar daripada membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan