6/28/2009

Farlina Juara lokasi pertama Suara Karaoke HAI-RedBox 2009 (JB)


Wajah ceria wakil Johor Bahru ke grand final..(dari kiri) Farlina (pemenang tempat pertama), Farhana (pemenang tempat kedua), Ulfa (pemenang tempat keempat) dan Asnida (pemenang tempat ketiga)


Lagu Bring Me To Life yang dipopularkan oleh Evanescence membawa tuah kepada peserta Farlina Mohamad, 27, apabila dinobatkan sebagai juara lokasi pertama pertandingan Suara Karaoke HAI-Redbox ’09 di Johor Bahru.

Farlina yang berjaya menewaskan 14 peserta lain semasa peringkat separuh akhir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150.

Naib johan pula disandang oleh Farhana Mohamad, 23, menerima hadiah wang tunai RM100 yang menyampaikan lagu Right To Be Wrong yang dipopularkan oleh Joss Stone.

Peserta Nor Asnida, 17, yang mendendangkan lagu Aku Tetap Aku nyanyian Shima pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM50.

Tempat keempat pula disandang oleh Nur Ulfa Ghazali, 17, yang turut menerima hadiah wang tunai RM50 menerusi lagu Because Of You nyanyian Kelly Clarkson.

Kesemua hadiah wang tunai untuk peringkat separuh akhir itu adalah tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Selepas ini, empat finalis dari Johor Bahru itu akan memulakan persaingan dengan finalis-finalis dari lokasi pertandingan yang lain bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.

untuk melihat foto-foto menarik sepanjang pertandingan....klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan