8/27/2009

HOT GOSSIP : Buat perangai lagi...

SEBELUM ini penyanyi wanita berimej sopan ini pernah menimbulkan perasaan marah segelintir pihak media apabila sukar bekerjasama serta pernah mungkir janji di dalam beberapa sesi temu janji yang telah diaturkan.

Terbaru, hai dengar khabar dia buat perangai lagi apabila menarik diri sehari sebelum majlis promosi rancangan-rancangan menarik sempena Ramadan oleh sebuah stesen TV terkemuka tanah air.

Dengarnya, dia membatalkan penampilan di majlis itu di saat-saat akhir kerana menerima satu lagi pelawaan untuk mengadakan persembahan di luar ibu kota yang menawarkan bayaran lumayan.

Yalah, stesen TV hanya menjemput untuk memeriahkan majlis promosi mereka. Tentulah tak ada bayaran yang diberikan. Nampaknya, kerana wang janji artis itu terus melayang.

Tidak eloklah buat macam itu kerana dia telah membuat pengesahan untuk hadir sebulan sebelum majlis berlangsung. Tapi menarik diri di saat-saat akhir pula.

Yang letihnya penganjurlah kerana sudah pukul canang memberitahu pihak media. Macam mana pula mereka nak menjawab nanti? Pesan Hai kepada penyanyi itu, ubahlah sikap yang sukar berpegang pada janji itu.

Sayanglah kerana penampilan sudah bagus tapi kuat kelentong pula. Fikir-fikir dan renungkan sendirilah.
HAI:Dah masak dengan perangai manusia yang suka berjanji palsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan