8/27/2009

HOT GOSSIP : Artis bawah umur berpeluk depan khalayak

SETELAH lama berehat dengan cerita gosip, Pah Bedah tampil semula dengan cerita sensasi artis. Kisahnya kali ini mengenai seorang pelakon wanita yang masih lagi dara sunti, tapi perangai bukan main menggedik dengan teman lelaki.

“Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku kelakuan sumbang artis ini dengan teman lelaki dia. Aku tak sanggup nak sebut lelaki itu kekasih dia sebab peringkat umur dia tak sesuai lagi nak bercinta.

“Tapi aku berbulu sangat dengan aksi dia yang melekat habis dengan lelaki itu di sebuah kompleks membeli- belah. Berkepit sakan macam belangkas seolah-olah mereka sajalah yang bercinta.

“Yang tambah aku geram, semua mata pandang dia sebab kenal siapa dia. Maklumlah dia pernah berlakon filem yang agak hebat. Tapi dia macam tak peduli saja dan tetap teruskan aksi hangat itu.

“Kakak dia ada bersama tapi yang peliknya tidak pula melarang, seolah-olah merelakan saja perbuatan adiknya itu. Entahlah, tak fahamlah aku dengan gaya hidup artis kita sekarang,” kata Pah Bedah meluahkan rasa kesalnya.

Tak pandailah nak komen kerana walaupun zaman dah berubah, Hai tetap berpegang pada adat Melayu dan cara hidup konservatif.

HAI: Sebelum menasihat orang lain, selalu ingat diri bukan sempurna sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan