7/15/2009

Ainul Aishah benci kena kontrol

OLEH: WAHIDA OTHMAN
FOTO: SHAHRIL AZMAN ZAIN


TIDAK sampai beberapa bulan menangisi perpisahan bersama kekasihnya, Ojoe (band Couple), pelakon remaja Ainul Aishah dikatakan bertemu pengganti.

Gosip bertambah hangat apabila gambar Ainul dan kekasih barunya, Riz yang dirakam oleh mereka sendiri ketika berada di dalam kereta, tersebar secara meluas.

Ramai yang tumpang bahagia apabila si kecil molek ini sudah tidak bersedih lagi. Namun, yang mengejutkan, hubungan dengan Riz juga tidak bertahan lama.

“Kami pernah rapat, tapi sekarang saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu.

“Saya cuba membina satu ruang yang besar dalam hubungan kami, supaya kami tidaklah begitu rapat.

“Dia masih kawan saya. Kami tidak bergaduh. Kalau ada masa lapang, kami masih lagi keluar lepak-lepak. Cuma, ada sikapnya yang membuatkan saya fikir kami tidak serasi.

“Mungkin niat dia mahu mengambil berat, tapi saya rasa macam terkongkong atau dikontrol. Banyak benda yang dia mahu tahu. Kami baru saja berkawan, jadi tidaklah perlu dia tahu semua benda fasal saya.

“Saya tidak boleh terima caranya itu, jadi saya beritahu agar nanti tidak dituduh cuba mempermainkan perasaan.

“Selepas diterangkan, dia mengerti dan menerimanya dengan baik,” luah Ainul Aishah yang sibuk di lokasi drama Kecuali Cintamu.

Masih Sayang

Sepanjang berbual panjang bersama gadis hitam manis ini, sudah tentu nama bekas kekasihnya, Ojoe tidak lekang dari mulut.

“Saya pun tak tahu, kenapa asyik tersebut nama dia saja. Saya akui memang sukar lupakan dia kerana masih sayang.

“Ojoe masih berkawan dengan saya. Di masa lapang, kami akan keluar bersama kawan-kawan lain. Tapi untuk berbaik semula sebagai pasangan kekasih, itu adalah sesuatu yang susah sekali.

“Bercinta kembali? Tak perlu rasanya buat masa ini. Biarlah saya fokus pada keluarga, famili dan kawan-kawan yang betul-betul menyayangi saya,” ujar Ainul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan