6/28/2009

Maya juara Suara Karaoke HAI-Redbox di Klang


Wajah ceria wakil Klang ke grand final..(dari kiri) Khairul Anuar (pemenang tempat kedua), Maya (pemenang tempat pertama), Dayana (pemenang tempat ketiga dan Rushdan (pemenang tempat keempat)


Kemantapan vokal melalui lagu Matahariku yang dipopularkan oleh Agnes Monica, berjaya menambat hati juri sekali gus mencatat kejayaan buat Maya Hariyanto, 17, apabila diangkat sebagai juara lokasi kedua pertandingan Suara Karaoke HAI-Red Box 2009.

Gadis genit berbakat besar ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 dan baucer Red Box bernilai RM50.

Naib johan pula dimenangi Khairul Anwar A. Shukor, 23 yang mempertaruhkan lagu Jangan Bersedih Lagi dendangan Anuar Zain membawa pulang hadiah wang tunai RM150 dan baucer Red Box bernilai RM50.

Peserta Dayana Ahmad, 22, yang mendendangkan lagu Tiada Logika nyanyian Agnes Monica pula menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM100.

Tempat keempat pula disandang oleh Mohammad Rushdan Mohammad Ramli, 19, yang menerima hadiah wang tunai RM50 menerusi lagu Mungkir Bahagia nyanyian Hazami.

Kesemua hadiah wang tunai untuk peringkat separuh akhir itu adalah tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali dan Eksekutif Kanan Pengiklanan dan Promosi Red Box, Raja Marliza Safia.

Selepas ini, empat finalis dari Klang itu akan memulakan persaingan dengan finalis-finalis dari lokasi pertandingan yang lain bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.

Juara peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November depan bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara pula RM3,000 dan tempat ketiga bakal menerima RM2,000 sumbangan Red Box.

Para pemenang juga berpeluang dipilih menjadi artis syarikat rakaman Millenium Arts Sdn. Bhd., milik komposer Julfekar. Pemenang yang terpilih berpeluang memiliki album sendiri selepas pertandingan ini.

untuk melihat foto-foto menarik sepanjang pertandingan....klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan